Bekas Presiden Prasarana, Muhammad Nizam Alias . foto AZADI MOHAMAD ISKANDAR.

KUALA LUMPUR – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) hari ini mengesahkan sudah menamatkan perkhidmatan Muhammad Nizam Alias sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan syarikat peneraju pengangkutan negara itu.

Prasarana dalam satu kenyataan berkata, perkhidmatan Muhammad Nizam ditamatkan sejak 22 Februari lalu.

Katanya,  Datin Norlia Noah pula dilantik sebagai pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan itu berkuatkuasa 23 Februari lalu.

“Prasarana mengesahkan Lembaga Pengareah Prasarana Malaysia Bhd mengadakan mesyuarat pada 22 Februari 2021. Hasilnya kami sebulat suara membuat keputusan dan menamatkan perkhidmatan Muhammad Nizam Alias.

Prasarana juga menegaskan pihaknya tidak akan lagi mengeluarkan sebarang kenyataan susulan berhubung perkara itu.- MalaysiaGazette

VIDEO BERKAITAN:

MGNews : Datin Norlia Noah Sebagai Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast