Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

KUALA LUMPUR – Sebanyak tiga kluster baharu yang dikenal pasti hari ini membabitkan dua kluster tempat kerja, kata Tan Sri Noor Dr Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata, ia melibatkan Kluster Jalan Tun Mutalib Tiga di Johor dan Kluster Jalan Sutera di Selangor manakala satu kluster komuniti, Kluster Begalak dikesan di Sarawak.

Beliau berkata, sehingga hari ini, sejumlah 1,237 kluster jangkitan Covid-19 dikesan di negara ini.

“Sebanyak 813 kluster diisytiharkan tamat, termasuk lima kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Batu 57, Kluster Jalan Kuala Selangor, Kluster Tanjung Megah, Kluster Tembok Renggam dan Kluster Jalan Jelatek, menjadikan jumlah kluster aktif sebanyak 424 kluster.

“Sebanyak 64 kluster dengan pertambahan kes baharu hari ini dan kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tembok Tapah adalah 57 kes, Kluster Jalan Kebun Nenas (30 kes) dan Kluster Rawang Bestari sebanyak 28 kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast