Asyraf Wajdi Dusuki

SEREMBAN – Ketetapan dan kesiapsiagaan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), merupakan antara agenda penting semua ahli UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020, yang diadakan penghujung bulan ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ahli parti dan rakyat juga mahu mengetahui tentang hala tuju parti bagi menghadapi PRU15 itu nanti.

“Perhimpunan Agong UMNO kali ini, rakyat dan ahli kita hendak tahu apakah pendirian parti serta perancangan parti dalam menghadapi PRU.

“Kestabilan (politik) itu yang harus kita tawarkan dan putuskan dalam konteks PAU kali ini,” katanya selepas menghadiri program Gerak Gempur Pemuda UMNO Negeri Sembilan, di Wisma UMNO Negeri Sembilan di sini hari ini.

Turut hadir pada program tersebut adalah Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan.

Asyraf berkata, rakyat mendambakan politik yang stabil kerana ia adalah kunci kepada keharmonian, kesejahteraan dari segi ekonomi dan sosial.

Beliau berkata, PAU kali ini adalah masa terbaik untuk menyegarkan semangat UMNO dalam kalangan ahli di setiap peringkat, agar kembali kepada landasan perjuangan parti. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast