KUALA LUMPUR – Kluster Katak dijangka menyebabkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan kalah teruk pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, budaya itu berbeza dengan pemimpin UMNO yang berdepan dengan pelbagai pendakwaan yang belum lagi membuktikan mereka bersalah,
“Ada yang kata #KlusterMahkamah akan melemahkan parti UMNO. Kalau di pihak kerajaan PN, #KlusterKatak yang akan menyebabkan Perikatan Nasional akan kalah teruk pada PRU-15.
“Namun tegas beliau, mereka tidak melompat parti untuk menyelamatkan diri. Mahkamah adalah jalan terbaik untuk membersihkan nama dan kita tidak gentar.
“Di pihak sana, baru disiasat belum lagi didakwa sudah takut dan keluar dari parti. Berani lawan. Lawan kerana kita benar,” katanya menerusi hantaran Facebook miliknya. – MalaysiaGazette