Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari beramah mesra dengan peniaga pasar selepas Majlis Perasmian Pasar Moden Sri Muda di Seksyen 25, Shah Alam, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 14 MAC 2021.

SHAH ALAM – Kerajaan negeri Selangor akan teruskan menggunakan aplikasi Selangkah sebagai sistem daftar diri ke sesebuah premis di negeri itu.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini kerana aplikasi itu telah terbukti praktikal untuk digunakan khususnya melibatkan pengesanan kontak rapat kes Covid-19.

“Kita ada format kita dan kita telah buktikan Selangkah selain daripada satu perkara dia juga contact tracing dan sebagainya.

“Saya tidak faham tindakan mereka nampak sangat ada niat politik di sebaliknya tidak memikirkan sejahteraan dan kebaikan rakyat,” katanya kepada pemberita.

Berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan kerajaan akan membenarkan hanya satu aplikasi iaitu MySejahtera, sebagai sistem daftar diri masuk ke sesebuah premis sebagai usaha penyelarasan.

Bagaimanapun Amirudin terbuka sekiranya kerajaan persekutuan ingin membuat perbincangan bagi menyelaraskan sistem daftar masuk di negeri itu.

“Kalau mereka fikir baik, bincang dengan kita dan selarikan sebab kita sudah buktikan. Yang mereka insecure kenapa?”soalnya.

Baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, hanya MySejahtera sahaja aplikasi rasmi yang akan digunakan bagi pendaftaran vaksinasi untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast