Dakwaan berhubung kompaun pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikeluarkan di Kampung Rapat di sini yang dipaparkan di laman sosial Facebook ‘Kuan Chee Heng’ adalah tidak benar.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata semakan pihaknya mendapati tiada kompaun seperti didakwa telah dikeluarkan oleh pasukan pemeriksa SOP PKPB dalam kalangan polis daerah Ipoh setakat ini.