suicide A female community college student was found dead after she jump off from the 12th floor of the Desa Rahmat Flat from Relau.
A female community college student was found dead after she jump off from the 12th floor of the Desa Rahmat Flat from Relau.

GEORGE TOWN – Seorang penuntut kolej komuniti ditemui mati selepas terjun dari tingkat 12 kediaman saudaranya di Flat Desa Rahmat di sini semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7 pagi dan wanita berusia 21 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, hasil siasatan mendapati mangsa sepatutnya hadir kelas pada jam 8 pagi selepas melakukan isolasi pengasingan sementara Covid-19 selama seminggu di Politeknik Balik Pulau.

Katanya, siasatan lanjut saksi mendakwa melihat mangsa berbual di telefon di balkoni rumah sebelum tiba-tiba dikejutkan dengan kejadian terjun dari kediaman tersebut.

Pihak polis sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

“Hasil soal siasat mendapati mangsa yang menetap di Nibong Tebal itu dihantar ke rumah ibu saudaranya susulan kediaman tersebut berhampiran kolej mangsa.

“Ibu saudaranya juga mendakwa tiada sebarang kelakuan pelik ditunjukkannya sebelum ditemui mati dengan cara bertindak terjun dari tingkat 12 kediaman sewa itu,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Menurut Soffian, hasil pemeriksaan polis tidak menemui sebarang unsur jenayah dalam kejadian tersebut.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” ujar Soffian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast