M. Kula Segaran Members of Parliament buying MPs MP support Perikatan Nasional PN MACC logo Datuk taxi company owner bribery UMNO legal advisor Paul Geoffrey Stadlen MACC 1MDB scandal Mohd Hafarizam Harun Malaysian Anti-Corruption Commission
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Gambar hiasan.

IPOH – Seramai tiga penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan dua proksi direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab selepas kelima-lima lelaki itu tiba di Mahkamah Majistret di sini pada kira-kira 10.30 pagi tadi dengan berpakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SPRM dalam satu kenyataan menyatakan kesemua mereka antara lapan penguat kuasa JPJ Perak, Pahang dan Pulau Pinang serta empat proksi yang ditahan semalam.

Mereka disyaki menerima suapan daripada pengusaha-pengusaha dan pekerja syarikat pengangkutan sebagai balasan supaya tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas lori milik syarikat mereka yang telah melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurut kenyataan itu, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17(a) dan 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast