KUALA LUMPUR – Gabungan UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) boleh memenangi dua pertiga kerusi Parlimen dalam PRU-15, jika ketiga-tiganya bekerjasama dan bergabung.
Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata, gabungan itu mampu mengalahkan Pakatan Harapan (PH) dengan mudah sekali gus membentuk sebuah kerajaan yang kuat.
Beliau masih tetap dengan pendiriannya UMNO perlu bersama dengan Perikatan Nasional (PN) dan pada perkiraannya gabungan itu boleh memenangi sebanya 149 kerusi Parlimen.
“Jumlah itu (149 kerusi) adalah kawasan majoriti Melayu yang akan dimenangi oleh calon UMNO, Pas dan Bersatu selaku parti yang mewakili orang Melayu.
“Kemenangan ini akan dicapai sekiranya tiga parti ini bersatu dan tidak berpecah. Kemenangan sudah ada, tinggal lagi kehendak masing-masing sama ada untuk bersama atau sebaliknya,” kata beliau dalam temubual dengan TVPertiwi malam tadi.
Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, mengenai soal pembahagian kerusi, jika berlaku gabungan tiga parti itu, UMNO boleh mempertahankan semua 55 kerusi yang dimenangi pada PRU-14.
Ini katanya, termasuk kerusi yang disandang oleh wakil rakyat UMNO tetapi menyertai parti Bersatu.
“Namun, bab pembahagian kerusi ini tertakluk kepada presiden parti masing-masing. Sudah tentu mereka ada formula tersendiri.
“Rundingan juga perlu diadakan untuk siapa yang harus menjadi Perdana Menteri serta kuota untuk jawatan menteri,” katanya. – MalaysiaGazette
Perlu ada sedikit tolak ansur dan perbanyakkan MoU dihadapan supaya tiada perkara2 berbangkit ungkit mengungkit dibelakang hari!
Supaya tak timbul isu perjanjian serah kuasa tiada tarikh dsb. Jom sama2 jayakan!
percaturan yang sangat ingin dielakkan oleh PH, terutama DAP..moga menjadi kenyataan
Yeap…PAS harus bertolak ansur menyerahkan kerusi2 mereka kpd Bersatu sbg satu pakatan…
Apa tujuan nak menang PRU15? Klu Demi pembangunan dan tolong rakyat, OK la. Kalau nak pangkat, gaji besar dan tindas rakyat, tak payah lah buang masa.
Parti politik semua sama bila jadi kerajaan. Manifesto letak tepi.