Dr. Asmayani Khalib

GEORGE TOWN – Rakyat Pulau Pinang digesa segera mendaftar penerimaan suntikan vaksinasi Covid-19.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Asmayani Khalib berkata, ketika ini hanya 28 peratus pendaftaran yang diterima membabitkan penduduk negeri ini.

“Justeru pendaftaran segera perlu bagi memudahkan pihaknya menyusun atur kumpulan penerima secara berperingkat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima pingat Darjah Setia Pangkuan Negeri oleh Yang DiPertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas di Setia Spice Convention Centre di Relau di sini.

Dalam perkembangan lain, Asmayani memberitahu, pemberian vaksin kepada petugas barisan hadapan di negeri itu kini berada pada fasa akhir.

“Pemberian vaksin untuk petugas barisan hadapan akan selesai secepat mungkin sebelum kita memberikannya kepada penduduk Pulau Pinang,” ujar beliau. – MalaysiaGazette