Jangkitan baharu Covid-19 bertambah lagiĀ  hari ini dengan 26,534 kes dilaporkan.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menemukan 12 kluster baharu dengan lapan daripadanya membabitkan tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dua kluster membabitkan komuniti, manakala masing-masing satu membabitkan pusat tahanan dan import.

Menurutnya, Selangor merekodkan tiga kluster tempat kerja iaitu Kluster Subang Dua, Kluster Jalan Lada Sulah dan Kluster Meranti Jaya.

Katanya, negeri lain yang merekodkan kluster tempat kerja adalah Sarawak iaitu Kluster Jalan Merpati, Johor (Kluster Kayu Gading), Negeri Sembilan (Jalan Perdana), manakala dua di Kelantan iaitu Kluster Long Yunus dan Kluster Banggol Lepah.

“Bagi kluster membabitkan komuniti pula adalah Kluster Jalan Hang Tuah di Johor dan Kluster Taman Ria Enam di Sabah.

“Kluster tahanan adalah Kluster Tembok Muhasabah dan kluster import adalah Kluster Andromeda masing-masing di Johor,” katanya menerusi kenyataan berhubung status terkini Covid-19, hari ini.

Noor Hisham berkata, sebanyak 11 kluster tamat hari ini iaitu Kluster Jalan DC, Kluster Ladang Pekan, Kluster Dedap, Kluster Jalan Uda Utama, Kluster Jalan Harun, Kluster Tapak Bina Jalan Cheras, Kluster Persiaran Subang, Kluster Jalan Kasturi, Kluster Senai Murni Empat, Kluster Jalan Lazuardi dan Kluster Industri Wawasan.

Ujarnya, kluster yang merekodkan pertambahan kes baharu tertinggi hari ini adalah Kluster Subang Dua sebanyak 146 kes, Kluster Jalan Setia Jaya (57 kes) dan Kluster Kompleks Perabut (43 kes). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast