Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima suntikan dos kedua vaksin Pfizer-BioNTech pada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 18. Foto KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, 17 MAC 2021.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima dos kedua vaksin Covid-19 pada hari ini selepas 21 hari diberikan dos pertama .

Beliau yang tiba di Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya Presint 18 pada jam 3.05 petang menerima suntikan itu kira-kira 10 minit kemudian.

Selepas divaksin, Perdana Menteri ditempatkan di sebuah bilik untuk sesi pemantauan untuk tempoh 30 minit.

Muhyiddin diberikan Kad Vaksinasi Pintar sebagai bukti telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerima suntikan dos kedua vaksin Pfizer-BioNTech pada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 18. Foto KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, 17 MAC 2021.

Turut menerima vaksin dos kedua hari ini ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan empat petugas kesihatan.

Pada 24 Februari lalu, Muhyiddin merupakan individu pertama menerima vaksin negara ini, sekaligus memulakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) fasa pertama.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast