Pasukan polis dari Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih telah berjaya menahan seorang lelaki warganegara berumur 36 tahun semalam dalam Op Kontraban.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan ditahan selepas didapati menyeludup dan menyimpan minuman keras tidak bercukai di sebuah premis di Taman Mewah Jaya, Klang.

Penahanan itu dibuat selepas pasukan polis dari Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih membuat pemeriksaan di bahagian belakang sebuah kenderaan pikap dan menjumpai pelbagai jenis minuman keras.

Pegawai Pemerintahnya, Superintendan Rizal Mohamed berkata, pemeriksaan lanjut dijalankan yang dilakukan dalam sebuah premis, menemukan sejumlah minuman keras dipercayai tidak bercukai yang disembunyikan.

Premis itu dipercayai dijadikan stor penyimpanan.

Minuman keras yang dipercayai tidak bercukai ditemui di belakang sebuah kenderaan.”Jumlah keseluruhan minuman keras yang dijumpai adalah sebanyak 4,920 tin dan 492 botol minuman keras tidak bercukai dengan anggaran nilai barang adalah sebanyak RM28,949, manakala nilai cukai adalah sebanyak RM38,766.39.

“Turut dirampas sebuah kenderaan 4×4 dan telefon bimbit pelbagai jenama dengan nilai keseluruhan rampasan adalah berjumlah lebih kurang RM243,248.55,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lekaki yang berusia 36 tahun dan rampasan telah dibawa ke Balai Polis Klang untuk siasatan di bawah Akta Kastam 1967. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast