Pekerja, Jamaluddin Zakaria, 57, mengangkat daun nipah tua di kawasan hutan paya sekitar Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 05 MAC 2021.
SELAMAT Hari Hutan Antarabangsa bertemakan “Restorasi hutan: Jalan menuju
pemulihan dan kesejahteraan”, diucapkan kepada negara tercinta, Malaysia, yang
disambut pada 21 Mac 2021.Malaysia menduduki tempat ke dua belas dalam mega
biodiversiti dunia dengan memiliki pelbagai spesis flora dan fauna. Malaysia masih
memiliki 60% hutan jika dibandingkan keseluruhan tanah negara. Malaysia
mempunyai 15,000 spesis tumbuhan , 306 spesis mamalia, 242 spesis amfibia , 567
spesis reptilia ,449 spesis ikan sungai, 500 spesis ikan laut dan lebih 150,000 spesis
invertebrata.
Berdasarkan senarai merah  International Union for Conservation of Nature (IUCN), Malaysia merupakan rumah kepada 1,141 spesis terancam termasuk tumbuhan dan haiwan. Sebuah negara yang mempunyai hutan yang luas dikatakan memiliki kekayaan semulajadi tanpa perlu merekabentuk hutan buatan contohnya seperti hutan kota Tijuca Forest yang terletak di Rio de Janeiro, Brazil.
Pentingnya hutan antaranya meletakkan ekosistem semulajadi pada tempatnya juga
dalam menahan bahang kepanasan dunia dengan kepelbagaian biodiversiti kerana di
dalam alam ini terdapat juga haiwan dan tumbuhan selain manusia.Menurut Islam
selain manusia dan jin yang menyembah Allah, tumbuhan juga sebahagian alam yang
bertasbih memuji pencipta Yang Maha Esa.
Hutan sering dikaitkan dengan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan
alam.Mempunyai hutan adalah satu kelebihan bukan simbol kemunduran atau
kekurangan tamadun tetapi sebaliknya maju dari segi alam sekitar. Kemajuan alam
sekitar ini penting ketika negara di barat sibuk menanam pelbagai pokok dan
tumbuhan juga membuat hutan jadian bandar atau desa, sedangkan kita mempunyai
sumber asli yang semulajadi.
Sambutan Hari Hutan Antarabangsa ini selari dengan usaha Malaysia tahun ini dalam menjayakan Program Penghijauan Malaysia;Kempen Penanaman 100 juta pokok.Harapnya usaha ini juga selari dengan usaha mengurangkan hakisan tanah yang teruk akibat pembalakan haram atau pertanian komersial tidak terancang yang di setengah tempat sehingga menyebabkan banjir.
Kelebihan hutan selainnya merupakan kawasan rekreasi yang sesuai untuk melakukan
pelbagai aktiviti seperti mandi-manda, trekking hutan juga meneroka alam.Sebagai
contoh air terjun di negara hutan tropika jika dibandingkan dengan negara asing
beriklim sejuk walau ada air terjun tetapi kita boleh mandi sewenangnya di Malaysia
kerana cuaca terlalu sejuk walau di musim panas.Air terjun tertinggi di Wales, United
Kingdom seperti Breacon Beacon cantik seolah-olah di Switzerland tetapi sejuk
airnya mencecah ke tulang tidak boleh mandi seperti nikmatnya mandi air terjun di
Malaysia.
Di dalam hutan Malaysia terdapat himpunan pelbagai spesis tumbuhan dan haiwan
yang mungkin besarnya tidak sebesar di hutan Amazon tetapi masih boleh diteroka
dari aspek kajian perhutanan dan botani yang kaya untuk kemajuan penyelidikan dan
pembangunan akan datang.
Kebersihan tempat mandi dan berkelah yang kecil sebagai contoh air terjun kampung
orang asal di Kampung Sungai Mahang, Batang Benar berdekatan Nilai, Negeri
Sembilan perlu diberi perhatian yang mungkin boleh menjadi kawasan lepak orang
muda juga sarang penagih dadah.Pengawasan dan pemantauan juga perlu apabila
kawasan hutan rekreasi juga menjadi tempat makan ketika bulan umat Islam berpuasa.
Pengawasan trekking untuk kes-kes pendaki bukit dan gunung untuk mereka yang
masuk ke dalam hutan.yang mungkin sesat, mungkin pada akan datang juga patut
dipasang peranti pengesan Hutan di Malaysia tidak sama di barat, tebal dan tinggi
pokoknya juga mempunyai pelbagai tumbuhan dan haiwan liar juga kisah unsur
mistik yang tidak kurang hebat.
Hutan juga menjadi sumber penyelidikan dan inovasi pada masa akan datang seperti
mana pernah diuar-uarkan pihak kerajaan negeri akan hasil hutan di Malaysia Timur
suatu ketika dahulu akan setengah faedah pokok di hutan yang boleh dikomersialkan
menjadi bahan farmasi dan dipasarkan ke seluruh dunia yang memberikan pulangan
bilion dollar menjana pendapatan negeri dan negara.
Persoalannya keuntungan dari hutan apakah pulangannya semula kepada masyarakat
sekitar. Undang-undang harta intelek yang bagus bagi membanteras biopirasi bagi
menyokong kemajuan bioteknologi moden atau tumbuhan di hutan untuk
dikomersialkan .Selain isu fizikal hutan, hal ehwal orang asal juga penduduk setempat
perlu dititikberatkan dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan hutan kerana apa-
apa keputusan juga polisi akan memberi kesan secara langsung atau tidak, sekarang
atau masa depan.
Dr.Noor Dzuhaidah Osman
Pensyarah Kanan,
Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast