LONDON – Faktor keletihan beraksi dalam Liga Europa menjadi alasan buat Manchester United yang tewas 1-3 kepada Leicester City sekali gus gagal mara ke suku akhir Piala FA awal pagi tadi.
Pengurus United, Ole Gunnar Solksjaer berkata, pasukannya dipaksa bermain bermati-matian ketika menumpaskan AC Milan 1-0 pada Selasa lalu hingga kekurangan tenaga menentang Leicester.
“Memang kami sedih kerana mahu untuk terus mara ke Wembley namun kini fokus kami adalah kepada perlawanan yang masih perlu kami lalui.
“Namun kami masih perlu memberi tumpuan kepada Piala Europa dan Liga Perdana Inggeris,” katanya selepas perlawanan berakhir.
Leicester telah mempamerkan semangat juang dan kesungguhan yang tinggi ketika menewaskan United 3-1 di Stadium King Power seterusnya menamatkan kemaraan United ke peringkat separuh akhir.
The Foxes akan bertemu Southampton di Stadium Wembley untuk perlawanan separuh akhir manakala Manchester City akan bertemu Chelsea pada satu lagi perlawanan separuh akhir. – MalaysiaGazette