Tukang seni ikat batu, Remy, 48, (kanan) bersama anaknya Putra Aqmal, 17, sabar menunggu pelanggan di kaki lima ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 24 MAC 2021.

Peniaga perlu mengubah strategi perniagaan untuk terus berdaya saing di tengah-tengah limpahan bantuan yang diberikan kerajaan, kata Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Beliau berkata, ekonomi akan pulih kembali pada separuh kedua tahun ini dan peniaga seharusnya mula mempelbagai perniagaan masing-masing untuk terus bertahan dalam jangka panjang semasa pandemik COVID-19.

Tukang seni ikat batu, Remy, 48, tekun menyiapkan rantai yang diperbuat dari batu-batu mentah yang belum diproses untuk dijadikan barang perhiasan diri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 24 MAC 2021.
Tukang seni ikat batu, Remy, 48, melayan pelanggannya yang ingim membeli barang perhiasan diri yang dijual di kaki lima ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 24 MAC 2021.
Pelukis jalanan, Putra Aqmal, 17, sibuk menyiapkan lukisan yang ditempat oleh pelanggannya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 24 MAC 2021.