Saturday, September 12, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Adzlan Mat Sidek

Mohd Adzlan Mat Sidek

1578 Artikel 0 Komen
adzlansidek

Sokongan Buat Najib Tun Razak

Gelagat perwakilan membawa replika Datuk Seri Najib Razak tanda sokongan kuat kepada beliau selepas permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri itu ditangguhkan ketika ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette pada Perhimpunan Agung UMNO 2026 di WTCKL. Foto MOHD ADZLAN, 11 SEPTEMBER 2026.

Zahid Ceria di Taklimat Presiden UMNO #PAU2026

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid ceria hadir pada Taklimat Presiden UMNO Malaysia sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di WTC, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 09 SEPTEMBER 2026.

Persiapan Perhimpunan Agung UMNO #PAU2026

Petugas melakukan persiapan bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2026 yang akan berlangsung selama empat hari bermula esok ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 08 SEPTEMBER 2026.

Beca Melaka Bila Larut Malam

Pengunjung terutama pelancong asing teruja dan tidak melepaskan peluang menaiki beca berhias dengan menikmati pengalaman ikonik untuk melawat tempat-tempat bersejarah di sekitar Bandar Hilir sempena Melaka Bila Larut Malam ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 05 SEPTEMBER 2026.

Zahid Hadir Majlis Penutup IMDEC 2026

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bergambar kenangan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Advance Pact, Dr. Siti Ainol Khabtiah Mohd Jamil (tiga kanan) ketika melawat pameran Advance Pact Sdn Bhd selepas Majlis Penutup IMDEC 2026 di Pusat Konvensyen Kuala (KLCC). Foto MOHD ADZLAN, 28 OGOS 2026.

Suasana Pilu Solat Jenazah Tiga Beranak

Ahli keluarga mengucup kali terakhir salah seorang dari tiga beranak yang maut dalam nahas membabitkan lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) selepas disolatkan di Masjid Jamiul Ehsan, Setapak sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Perak untuk proses pengebumian. Foto MOHD ADZLAN, 19 OGOS 2026.

Pra Pelepasan Pelajar Tajaan MARA Ke Luar Negara

Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bergambar kenangan bersama para pelajar pada Majlis Perasmian Program Pra Pelepasan Tajaan MARA ke Luar Negara Perdana 2026 di WTCKL, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 19 OGOS 2026.

Saifuddin ‘flag off’ Jelajah Konvoi Star City FC

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bergambar bersama peserta pada pelepasan Program Jelajah motosikal berkuasa tinggi Star City FC di Dataran Masjid Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 09 OGOS 2026.

Kerusi ADUN Selat Klang – Sidang Dewan Negeri Selangor

Kerusi ADUN Selat Klang yang disandang oleh Datuk Abdul Rashid Asari dari parti Bebas kelihatan kosong pada Mesyuarat Kedua Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor ke-15 Tahun 2026 di Bangunan Dewan Negeri Selangor, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 03 OGOS 2026.

Orang Nismilan Sambut Menteri Besar Baharu

Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu, Datuk Ismail Lasim beramah mesra bersama penyokong selepas Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan ke-9 di Seri Menanti Resort, Kuala Pilah. Foto MOHD ADZLAN, 02 OGOS 2026.