Mohd Adzlan Mat Sidek
Kuala Pilah Berselawat
Majlis Kuala Pilah Berselawat dan Munajat Perdana Negeri Sembilan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Dataran Melang, Kuala Pilah. Foto MOHD ADZLAN, 30 JULAI 2026.
Ceramah Mega Birukan Seremban
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berucap bersama barisan kepimpinan PN dan calon-calon pada Ceramah Mega Birukan Seremban sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 di Dewan Perdana KRS, Seremban. Foto MOHD ADZLAN, 29 JULAI 2026.
Program Temu Anwar Negeri Sembilan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra pada program Temu Anwar dan dialog anak muda di Pusat Dakwah, Paroi, Negeri Sembilan. Foto MOHD ADZLAN, 29 JULAI 2026.
Zahid Hadir Himpunan Usahawan Bumiputera Negeri Sembilan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bergambar selepas hadir pada Himpunan Usahawan Bumiputera Negeri Sembilan 2026 di Sendayan, Seremban. Foto MOHD ADZLAN, 27 JULAI 2026.
Santai Ngoca Sawah Bersama Komuniti
Gelagat Ketua Pemuda UMNO, Muhammad Akmal Salleh menyertai aktiviti pada program Santai Ngoca Sawah Bersama Komuniti sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 di Kampung Sungai Serai Semerbok, Rembau. Foto MOHD ADZLAN, 26 JULAI 2026.
‘Bergantung Harap’ Kampung Orang Asli Sungai Raya
Hampir 150 penduduk Kampung Orang Asli Sungai Raya menarik nafas lega apabila bekalan air bersih yang terputus sejak dua bulan lalu akhirnya kembali pulih sekali gus membolehkan 30 keluarga menikmati semula bekalan air bersih berikutan sistem bekalan air bawah tanah mengalami gangguan susulan pertukaran kontraktor ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Bahau, Negeri Sembilan. Foto MOHD ADZLAN, 24 JULAI 2026.
Zahid Hamidi Turun Santuni Masyarakat Orang Asli
Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bermesra dengan penduduk bersama calon BN N.02 Pertang, Datuk Seri Jalaluddin Alias pada program Ramah Mesra Bersama Masyarakat Orang Asli sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 di Kampung Orang Asli Tohor, Jelebu. Foto MOHD ADZLAN, 24 JULAI 2026.
Santai Bersama Tok Mat Hasan
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional yang juga calon N.27 Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan beramah mesra bersama penyokong selepas Program Santai Bersama Tok Mat Hasan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 di Taman Pinggiran Pedas, Rembau, Negeri Sembilan. Foto MOHD ADZLAN, 23 JULAI 2026.
Anwar, Mad Sabu di Program Jelajah Kekal Harapan
Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim melambai ke arah penyokong selepas Program Jelajah Kekal Harapan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 di Pusat Bandar Senawang Taipan, Senawang. Foto MOHD ADZLAN, 22 JULAI 2026.
Anwar Kempen Undi Calon PH Ampangan #PRNNegeriSembilan
Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama calon PH N.14 Ampangan, Datuk Muhammad Nazri Kassim beramah mesra dengan penduduk pada Program Santai Petang Warga Ampangan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 di Medan Selera Benteng Ampangan, Seremban. Foto MOHD ADZLAN, 22 JULAI 2026.

















