Mohd Adzlan Mat Sidek
‘Bergantung Harap’ Kampung Orang Asli Sungai Raya
Hampir 150 penduduk Kampung Orang Asli Sungai Raya menarik nafas lega apabila bekalan air bersih yang terputus sejak dua bulan lalu akhirnya kembali pulih sekali gus membolehkan 30 keluarga menikmati semula bekalan air bersih berikutan sistem bekalan air bawah tanah mengalami gangguan susulan pertukaran kontraktor ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Bahau, Negeri Sembilan. Foto MOHD ADZLAN, 24 JULAI 2026.
Zahid Hamidi Turun Santuni Masyarakat Orang Asli
Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bermesra dengan penduduk bersama calon BN N.02 Pertang, Datuk Seri Jalaluddin Alias pada program Ramah Mesra Bersama Masyarakat Orang Asli sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 di Kampung Orang Asli Tohor, Jelebu. Foto MOHD ADZLAN, 24 JULAI 2026.
Santai Bersama Tok Mat Hasan
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional yang juga calon N.27 Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan beramah mesra bersama penyokong selepas Program Santai Bersama Tok Mat Hasan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 di Taman Pinggiran Pedas, Rembau, Negeri Sembilan. Foto MOHD ADZLAN, 23 JULAI 2026.
Anwar, Mad Sabu di Program Jelajah Kekal Harapan
Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim melambai ke arah penyokong selepas Program Jelajah Kekal Harapan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 di Pusat Bandar Senawang Taipan, Senawang. Foto MOHD ADZLAN, 22 JULAI 2026.
Anwar Kempen Undi Calon PH Ampangan #PRNNegeriSembilan
Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama calon PH N.14 Ampangan, Datuk Muhammad Nazri Kassim beramah mesra dengan penduduk pada Program Santai Petang Warga Ampangan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 di Medan Selera Benteng Ampangan, Seremban. Foto MOHD ADZLAN, 22 JULAI 2026.
Calon-Calon DUN Ampangan Kempen di Pasar Tani
Calon PH N.14 Ampangan, Datuk Muhammad Nazri Kassim menyantuni peniaga dan penduduk ketika berkempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 di Pasar Tani Ampangan, Seremban. Foto MOHD ADZLAN, 21 JULAI 2026.
Manifesto Kekal Harapan Negeri Sembilan
Jentera Pakatan Harapan membaca risalah manifesto selepas Peluncuran Manifesto Harapan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 di Seremban, Negeri Sembilan. Foto MOHD ADZLAN, 20 JULAI 2026.
Anwar Ceria di Program Sentuhan Sahabat Madani
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama tetamu selepas program Sentuhan Sahabat Madani ketika di Bukit Gambir, Johor. Foto MOHD ADZLAN, 10 JULAI 2026.
‘Dua Beradik’ Tukang Keranda Tradisional Cina
Kedai keranda Chao Li sebuah kedai tradisional sudah beroperasi lebih 90 tahun yang ditubuhkan datuk keluarga ini sekitar tahun 1920-an dan kini diteruskan oleh dua beradik ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Maharani, Muar, Johor, Foto MOHD ADZLAN, 10 JULAI 2026.
Riadah – Pantai Seri Menanti
Aktiviti dan suasana penduduk setempat yang beriadah pada waktu petang ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Pantai Seri Menanti, Muar, Johor. Foto MOHD ADZLAN, 09 JULAI 2026.

















