Kedai keranda Chao Li sebuah kedai tradisional sudah beroperasi lebih 90 tahun yang ditubuhkan datuk keluarga ini sekitar tahun 1920-an dan kini diteruskan oleh dua beradik ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Maharani, Muar, Johor, Foto MOHD ADZLAN, 10 JULAI 2026.
MUAR – Di bandar yang kaya dengan sejarah dan warisan diraja, terletaknya Chao Li Coffin Shop, sebuah kedai keranda tradisional yang sudah beroperasi lebih 90 tahun. Ditubuhkan oleh datuk keluarga ini sekitar tahun 1920-an, perniagaan tersebut kini diteruskan oleh generasi ketiga. Kedai ini bukan sekadar tempat menghasilkan keranda, malah menjadi simbol warisan keluarga yang dipelihara sejak turun-temurun.
Sejak dahulu, Chao Li Coffin Shop terkenal dengan penghasilan keranda kayu berinspirasikan reka bentuk tradisional bunga plum yang menjadi identiti masyarakat Cina. Walaupun keranda moden yang dihasilkan secara besar-besaran semakin banyak di pasaran, beliau tetap mengekalkan teknik pembuatan secara tradisional, menghasilkan setiap keranda dengan penuh ketelitian, kemahiran dan penghormatan.
Hari ini Chao Li Coffin Shop terus menjadi lambang dedikasi terhadap seni pertukangan tradisional dan pemeliharaan warisan budaya. Keunikan hasil kerja mereka bukan sahaja mencerminkan nilai seni yang tinggi, malah mengingatkan masyarakat tentang pentingnya menghargai warisan yang diwarisi daripada generasi terdahulu.
Peralatan lama yang masih digunakan oleh dua beradik ini dalam proses pembuatan keranda secara tradisional menjadi bukti mereka terus mengekalkan kaedah pertukangan warisan keluarga ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Maharani, Muar, Johor. Foto MOHD ADZLAN, 10 JULAI 2026.Ketekunan dua beradik ini mengekalkan teknik pembuatan keranda secara tradisional terserlah menerusi setiap hasil kerja yang dihasilkan dengan penuh ketelitian dan kemahiran bagi memenuhi kepuasan pelanggan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Maharani, Muar, Johor. Foto MOHD ADZLAN, 10 JULAI 2026.Ketekunan dua beradik ini mengekalkan teknik pembuatan keranda secara tradisional terserlah menerusi setiap hasil kerja yang dihasilkan dengan penuh ketelitian dan kemahiran bagi memenuhi kepuasan pelanggan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Maharani, Muar, Johor. Foto MOHD ADZLAN, 10 JULAI 2026.Ketekunan dua beradik ini mengekalkan teknik pembuatan keranda secara tradisional terserlah menerusi setiap hasil kerja yang dihasilkan dengan penuh ketelitian dan kemahiran bagi memenuhi kepuasan pelanggan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Maharani, Muar, Johor. Foto MOHD ADZLAN, 10 JULAI 2026.Chao Li Coffin Shop sebuah kedai keranda tradisional yang telah beroperasi lebih 90 tahun dan ditubuhkan oleh datuk keluarga ini sekitar tahun 1920-an serta diteruskan oleh dua beradik ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Maharani, Muar, Johor. Foto MOHD ADZLAN, 10 JULAI 2026.Walaupun usia semakin lanjut dua beradik ini masih gigih mengerah kudrat meneruskan seni pembuatan keranda secara tradisional di Chao Li Coffin Shop ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Maharani, Muar, Johor. Foto MOHD ADZLAN, 09 JULAI 2026.Gambar yang dirakam oleh pengunjung dan jurugambar dari pelbagai latar belakang dipamerkan di bahagian belakang kedai sebagai kenangan serta tanda penghargaan terhadap mereka yang pernah mengabadikan momen di Chao Li Coffin Shop ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Maharani, Muar, Johor. Foto MOHD ADZLAN, 09 JULAI 2026.Chao Li Coffin Shop terkenal dengan penghasilan keranda kayu berinspirasikan reka bentuk tradisional bunga plum yang menjadi identiti masyarakat Cina ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Maharani, Muar, Johor. Foto MOHD ADZLAN, 10 JULAI 2026.Pembuat keranda, Goh Khuay Hou, 70, bersama adiknya mengambil masa berehat selepas selesai menjalankan kerja-kerja pembuatan keranda tradisional yang memerlukan tenaga dan ketelitian tinggi ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Maharani, Muar, Johor. Foto MOHD ADZLAN, 10 JULAI 2026.