KUALA LUMPUR – S P Setia melancarkan produk terbaharunya, Acorus 2 di Setia Ecohill 2 Semenyih.
Fasa kedua dari lima koleksi SEHati, Acorus 2 ditawarkan sebanyak 62 unit.
Rumah teres dua tingkat ini dibina dengan keluasan tanah 20 x 65 kaki persegi dan bangunan seluas 1,401 kaki persegi.
Rekaannya diaspirasikan oleh konsep penciptaan bersama, Acorus 2 memberikan fleksibiliti kepada pemilik kediaman mengubah susun atur rumah mereka.
Sebagai contoh, susun atur tingkat bawah membolehkan lebih banyak bilik ditambah dengan selesa bagi mereka yang menginginkan ruang keluarga, ruang kerja, kawasan permainan atau taman peribadi yang lebih besar.
Projek ini dibangunkan dengan nilai pembangunan kasar RM29 juta.
Pengurus Besar Setia EcoHill, Koh Sooi Meng berkata, walaupun projek ini dilancarkan melalui menerusi talian khas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, Acorus mendapat sambutan luar biasa dan berjaya mencapai kadar pengambilan 100%. – MalaysiaGazette