Antara 45 kediaman yang rosak teruk akibat ribut kepala angin di Kampung Balok, Kuantan petang tadi.

KUANTAN – Sebanyak 45 buah rumah di Kampung Balok dekat ini rosak teruk akibat ribut kepala angin yang menyusul selepas hujat lebat sejak tiga hari lalu.

Rata-rata rumah tersebut mengalami 70 peratus kerosakan.

Pengerusi JKKK Kampung Balok, Mansor Mokhtar berkata, kejadian yang mencemaskan penduduk kampung itu berlaku sekitar 4.30 petang tadi.

Menurutnya, angin bertiup dengan cukup kuat hingga menerbangkan atap rumah dan meruntuhkan sebahagian siling dalam rumah-rumah mangsa.

Angin yang bertiup luar biasa itu turut menyebabkan pokok-pokok besar tumbang, lalu menghempap rumah penduduk.

“Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa berlaku. Tetapi akibat kejadian ini ada rumah yang rosak teruk.

“Buat masa ini, kebanyakan mangsa menumpang di rumah saudara-mara,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette.

MalaysiaGazette yang turun padang untuk menyaksikan kawasan itu terpaksa berdepan dengan kesesakan lalu lintas.

Wartawan terpaksa membonceng motosikal seorang penduduk untuk sampai ke tempat tersebut.

Dari perjalanan, wartawan mendapati awan hitam menyelubungi kawasan tersebut dengan suasana sekitar yang menakutkan.

Pokok-pokok besar tumbang di kiri dan kanan jalan.

Memasuki perkampungan itu, kelihatan orang ramai berkumpul di beberapa tempat untuk berlindung diri selepas kebanyakan kediaman di situ mengalami kerosakan.

Rumah yang beratapkan zink kelihatan melopong selepas diterbangkan angin manakala ada kediaman yang mengalami kerosakan apabila sebahagian strukturnya jatuh.

Semasa kejadian, beliau dan isterinya berada di dalam rumah.

Katanya, dia yang terkejut dengan bunyi angin yang kuat terus melaungkan azan.

“Atap rumah bergegar dengan kuat, saya laung azan dan selesai azan gegaran berkurangan,” katanya dengan wajah yang keletihan.

Akibat kejadian itu, tepi dapur rumah dan garaj keretanya roboh.

“Ada atap siling terbang tidak tahu ke mana,” ujar beliau lagi.

Menceritakan detik cemas itu, pemilik kedai makan, Wan Minah ya Salleh, 48, berkata, dia bersama suami dan pekerja berlindung di belakang kedai apabila mendengar dentuman kuat.

“Kami berlari selamatkan diri di belakang dapur, bila dah habis bunyi baru berani keluar.

“Saya keluar tengok rumah jiran, habis musnah dan kebanyakan bumbung rumah runtuh.

Dalam pada itu, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan telah pun menziarah mendaftarkan 45 mangsa ribut.

Manakala sukarelawan Wan Mohd Zulkifli Wan Abdul Rahim dari Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota mewakili Yang Berhormat Datuk Saifuddin Abdullah hadir memberi perlindungan kepada mangsa terjejas teruk.

“Kami telah dapatkan rumah inap desa selama tiga malam sebagai penempatan sementara kepada tujuh mangsa yang seluruh kediamannya musnah kerana anak-anak masih kecil,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. ‘Ata’ b. Rabah reported on the authority of ‘A’isha, the wife of the Apostle of Allah (way peace be upon him), who said: Whenever the wind was stormy, the Apostle of Allah (may peace be upon him) used to say: O Allah! I ask Thee for what is good in it, and the good which it contains, and the good of that which it was sent for. I seek refuge with Thee from what is evil in it, what evil it contains, and the evil of that what it was sent for; and when there was a thunder and lightning in the sky, his colour underwent a change, and he went out and in, backwards and forwards; and when the rain came, he felt relieved, and I noticed that (the sign of relief) on his face. ‘A’isha asked him (about it) and he said: It may be as the people of ‘Ad said: When they saw a cloud formation coming to their valley they said:” It is a cloud which would give us rain” (Qur’an, xlvi. 24). (Saheeh Muslim, Book #004, Hadith #1962)

Comments are closed.