KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung UMNO (PAU2020) yang akan diadakan esok merupakan platform terbaik untuk Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menjelaskan desas desus mengenai kerjasama dengan PKR.
Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata, perhimpunan itu memberi peluang kepada Ahmad Zahid memberi penjelasan kepada akar umbi parti.