KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sedia melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Kumpulan Prasarana sekiranya parti itu secara rasmi meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Beliau berkata, jawatannya dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak boleh dibandingkan dengan perjuangan bersama-sama UMNO.
“Mesti (bersedia lepaskan jawatan) tidak ada masalah. Bukan besar sangat pun jawatan itu, perjuangan UMNO, perjuangan parti lebih besar lagi daripada segala-segalanya,” katanya kepada pemberita.
Bagi pemimpin UMNO yang enggan melepaskan jawatan Menteri, Timbalan Menteri dan Pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Tajuddin memberi amaran mereka akan dipecat.
“Ini masing-masing punya hati perut, tapi kalau parti sudah buat keputusan nanti, sebagai ahli parti apa jawatan pun kena ikutlah kalau tidak maknanya dia tidak bersama dengan parti.
“Jadi kesannya akibat situ, faham-fahamlah orang yang menentang parti tidak mendukung keputusan yang dibuat parti sama ada dia keluar sendiri atau dia terpaksa dikeluarkan, sepatutnya begitulah disiplin parti itu,” tambahnya.
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa menyampaikan ucapan penggulungan Perhimpunan Agung 2020 hari ini menegaskan, parti itu boleh menarik diri daripada PN bila-bila masa sekiranya tidak ada indikasi untuk mengadakan pilihanraya dalam waktu terdekat. – MalaysiaGazette
Sila jadi contoh pertama letak jawatan supaya dicontohi oleh yang lain, jika tidak cuma jadi contoh cakap tak serupa bikin jer nampaknya.
Pakai songkok pun senget.. letak la jawatan tu.. apa tunggu lagi
Dah ada pun pemimpin UMNO yg letak jawatan GLC. Contoh dah ada