Ketua Pemuda UMNO, Datuk Ashraf Wajdi Dusuk bercakap kepada media selepas Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto HAZROL ZAINAL, 28 MAC 2021.

KUALA LUMPUR – UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terbukti tidak boleh lagi bersama dan bekerjasama, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Katanya, ia terbukti apabila Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berkata, parti itu akan bertanding di semua kerusi yang UMNO.

Justeru beliau menyifatkan, penegasan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan Bersatu, adalah penejalasan yang wajar.

Asyraf yakin penegasan parti itu hari ini adalah yang dinanti-nantikan oleh Pas.

“Sebenarnya Pas pun menantikan apakah pendirian UMNO hari ini, mereka berharap UMNO dan Bersatu dapat diselamatkan tapi saya kira sebagaimana kenyataan Tan Sri Muhyiddin semalam dengan berkata Bersatu akan bertanding di semua kerusi UMNO itu jelas UMNO dan Bersatu tidak boleh bersama.

“Sebab kita daripada awal kita mengatakan 2 Mac sejurus sahaja kita Mesyuarat MKT, kita mengatakan kita memang menyokong kerajaan hanya sehingga PRU-15 tidak lebih daripada itu,” katanya kepada pemberita bagi mengulas Ucapan Dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Ditanya sama ada perlukah Pas memberi penjelasan sama ada mahu bersama Bersatu atau UMNO, Asyraf berkata, ia terpulang kepada parti berkenaan bagi memperincikannya.

“Kita tidak boleh memaksa, Pas ada hak berbincang hal dalaman Pas. Cuma UMNO ada hak menyatakan pendirian,” katanya lagi.-MalaysiaGazette

4 Komen

  1. MALAM INI MALAM NISFU SYAABAN…DOA YANG DITOLAK BAGI MEREKA SEKUTUKAN ALLAH DAN YANG MENOLAK PENDAMAIAN DAN PERSAUDARAAN…MAKA MUHASABAH DIRI KITA TIDAK TERMASUK 2 GOLONGAN INI…AUS DAN KHAuRAJ SERTA MUHAJIRIN BOLEH BERDAMAI …apalah sangat kita yang lemah ini

    KULI juga pernah KHIANAT dAN PECAHBELAHKAN UMNO dgn tubuhkan S46 kerana gagal dlm pemilihan Pres DAN SETELAH diharamkan….BOLEH pula diterima semula semua S46 dlm umno

  2. ZZ boleh jaaa..bubar Bersatu mcm bubar S46…lepas tu pergi lah masuk PAS atau UMNO…yg nak pi lawan semua kerusi UMNO ni apa hal? Pergi lah lawan PKR atau Pejuang kaa..musibat betul katak2 ni

  3. Tunggu ja PRU 15. Cuma 3.8juta org ja undi UMNO. PN menang nti InshaAllah..berudu2 dlm UMNO akan besar jd katak masa tu. Klu calon PM bukan presiden skang ni, mungkin keputusan akan beza.

  4. hmmmm…moga berjaya la UMNO…tawar hati dh dgn perangai bodoh sombong xsudah…bukan nak jaga org melayu sangat ..jawatan yg penting…skrng sruh mp letak jawatan ..angan2 klau menang pru15..masing2 dpt la jawatan menteri semula…blh buat duit lg…syabas

Comments are closed.