PUTRAJAYA – Beberapa menteri daripada UMNO mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bangunan Perdana Putra di sini petang tadi.
Pertemuan itu difahamkan bermula pada 5.30 petang dan berlangsung lebih sejam.
Kenderaan yang membawa menteri terbabit dilihat mula keluar meninggalkan perkarangan kompleks Pejabat Perdana Menteri pada 6.45 petang.
Antara menteri yang dilihat keluar dari bangunan itu ialah Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Ahli Parlimen Bera serta Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah yang merupakan Ahli Parlimen Lenggong.
Kenderaan membawa Menteri Kesihatan Datuk Seri, Dr Adham Baba yang juga Ahli Parlimen Tenggara turut dilihat meninggalkan kawasan itu.
Usaha media yang menunggu di pintu masuk kompleks Pejabat Perdana Menteri untuk mendapatkan butiran pertemuan itu tidak membuahkan hasil selepas semua menteri berkenaan tidak memberhentikan kenderaan masing-masing untuk bercakap dengan pemberita.
Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, usul memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu yang menerajui kerajaan Perikatan Nasional itu dipersetujui sebulat suara oleh perwakilan parti yang menghadiri perhimpunan tersebut.
Perhimpunan tahunan itu turut meluluskan usul ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) seramai 42 orang tidak akan bersama kerajaan PN apabila Parlimen dibubarkan. – Bernama
Ada 14 org menteri dan timbalan menteri dr UMNO dlm gomen tp masih tak puas. Bukan sbb kuantiti tp sbb posisi. Sbb presiden takdak jawatan, hasut menteri letak jawatan. Terbaekkk.
Kpd PM, buka ja iklan jawatan kosong menteri. Ramai rakyat tgh cari kerja dan ramai yg layak dok tempat2 tu. Kpd yg tak bersyukur ngan kerja diberi, kasi ja rakyat isi.
Apakah gunanya dalam Perlembagaan UMNO itu adanya termaktub Fasal 3 yang menyatakan bahawa “ASAS DAN TUJUAN UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat agama, bangsa dan negara.”?
Apakah ahli-ahli parti BERSATU (PPBM) bukannya orang Melayu dan beragama ISLAM? Kalau benar UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat agama, bangsa dan negara, kenapa UMNO tidak mematuhi Perintah Allah SWT., iaitu Firman-Nya:
وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّه جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّه عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّه لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
Yang maksudnya:
“Hendaklah kamu semua berpegang teguh dengan tali-tali اللَّه (syariat اللَّه) agama Islam / Al Quran dan Sunnah) dan janganlah kamu semua berpecah-belah (Iaitu berpecah-belah dari beriman dan dari syariat-Nya). Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali اللَّه (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat اللَّه kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu اللَّه di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat اللَّه itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu اللَّه selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah اللَّه menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya.”. [Surah Aal-i-Imran, 3 : 103].
Bukanlah Firman Allah SWT. tersebut adalah pengajaran dari Al-Qur’an?
Apakah pihak UMNO tidak menemui Amaran Allah SWT. ini?, iaitu:
وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦)
Yang maksudnya:
“Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh اللَّه) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.”. [Surah Al-Zukhruf, 43 : 36.].
[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan ke-6, hal. 1307-1308].
>.