KUALA LUMPUR – Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan semakin menunjukkan tanda-tanda positif apabila jumlah pemberian dos vaksin Covid-19 kepada penerima suntikan kini mencecah 661,661 dos.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, peningkatan sejumlah 150,000 direkodkan selepas mencecah 500,000 dos pada 25 Mac lalu.
“Daripada jumlah itu, 473,276 adalah penerima dos pertama dan 188,385 telah melengkapkan dos kedua mereka,” demikian menurut Dr Noor Hisham di laman Twitter.
Selangor terus mencatatkan peningkatkan tertinggi dengan 67,128 dos pertama telah diberikan manakala 18,720 pula menerima menerima dos kedua mereka diikuti negeri Perak dengan 49,359 dos dan 14,962 telah melengkapkan dos kedua mereka.
Selain itu, Sabah (44,858 dos pertama, 17,218 dos kedua); diikuti Kuala Lumpur (44,110 dos kedua, 15,529 dos kedua); Sarawak (39,970 dos kedua, 17,218 dos kedua); Johor (36,992 dos pertama, 15,627 dos kedua); Pahang (33,573 dos pertama, 15,627 dos kedua), Pulau Pinang; (32,215 dos pertama, 7,507 dos kedua), Kedah (28,209 dos pertama, 11,139 dos kedua)
Terengganu (23,304 dos pertama, 11,219 dos kedua), Kelantan (21,589 dos pertama, 14,457 dos kedua), Negeri Sembilan (22,936 dos pertama, 8,233 dos kedua), Melaka (12,184 dos pertama, 5,127 dos kedua), Perlis (9,592 dos pertama, 4,035 dos kedua), Putrajaya (4,867 dos pertama, 2,894 dos kedua) dan Labuan (2,390 dos pertama, 2,156 dos kedua).
Dalam pada itu, lebih tujuh juta rakyat Malaysia telah mendaftar dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dijalankan kerjaaan Perikatan Nasional (PN).
Sehingga hari ini, sejumlah 7,421,658 individu telah mendaftar untuk program itu menerusi aplikasi MySejahtera.
Selangor mencatatkan jumlah tertinggi pendaftaran vaskin iaitu meliputi 2,038.897 orang.
“Johor 952,888 pendaftaran, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 625,045, Sarawak 602,250, Perak 541,384, Pulau Pinang 522,136, Kedah 402,287, Sabah 336,997, Negeri Sembilan 311,531, Pahang 301,304, Melaka 240,057, Kelantan 220,335, Terengganu 203,970, Perlis 50,643, Putrajaya 47,866 dan Labuan 24,068 pendaftaran,” demikan kata Noor Hisham. – MalaysiaGazette