KUALA LUMPUR – Pas mengajak semua kumpulan Islam menyertai Perikatan Nasional (PN) bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang memimpin berteraskan Islam dan berintegriti.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pakatan baharu itu juga terdiri daripada golongan bukan Islam yang tidak ekstrem bagi menyelamatkan negara tanpa membuang masa.
Katanya, Pas menolak muafakat yang berpecah dan menyeleweng daripada matlamat Muafakat Nasional yang asal iaitu untuk masuk ke medan perjuangan bagi membela umat dalam satu negara dengan melibatkan semua golongan asas Perlembagaan yang merdeka dan berdaulat.
“Pas bukanlah satu-satunya kumpulan Islam, namun Pas mempunyai kekuatan akar umbi dan kepimpinan yang mengamalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS),” kastanya dalam Minda Presiden Pas yang dimuat naik di laman Facebook hari ini.
Menurut Abdul Hadi, Pas juga menolak politik yang menghabiskan masa dengan bermain politik sampingan dan jalanan yang menyusahkan rakyat, tanpa melihat kepada musim bencana alam dan wabak yang masih menular hari ini.
Pas juga menolak muafakat tanpa bersatu dan menolak kumpulan yang menunjukkan tiada kesetiaan kepada negara dengan sifat melampau yang mencabar agama dan bangsa.
“Pas menolak agenda yang bertujuan semata-mata untuk menyelamatkan peribadi pemimpin dan kumpulannya, bukan untuk menyelamatkan negara dan semua rakyat.
“Marilah bersama tawaran baharu ini iaitu berintegriti dan berkebajkan yang berpijak atas Perlembagaan Persekutuan yang meraikan masyarakat majmuk beragama dan berbangsa.
“Marilah sama-sama menolak ekstremisme dan liberalisme yang merungkaikan ikatan agama dan bangsa,” katanya. – MalaysiaGazette
beso sgt ke bangsatU nie??
bape kerusi dia ada?
knp semua parti kena bekerjasama dgn dia?
knp dia xboleh nak bekerjasama dgn org lain??
nama jek parti ISLAM,
tp sungguh MEMALUKAN!!
demi jawatan dan pangkat,sanggup jadi BARUA PENGKHIANAT MANDAT RAKYAT!!
Ulama jenis apa perangai mcm nie??