KLANG – Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran meneur masyarata India yang membuna kuil di tanah orang lain yang akhirnya menyebabkan ia dirobohkan.

Katanya, apabila ia berlaku banyak pihak akan menuding jari menyalahkan pihak yang merobohkan kuil dan menuduh MIC ‘tidur’

“Siapa yang sebenarnya sedang hina dan aibkan Dewa-Dewa Tuhan kita yang kita bina dan menyembahnya kemudian tiba satu masa ada pihak yang mempunyai hak ke atas tanah itu mengambil tindakan termasuklah merobohkan atau memecahkan patung kita?

“Sanggupkah anda tengok para Dewa kita diperlakukan sedemikian rupa? Bukankah ini salah kita sendiri,”

“Adakah anda suka jika ada orang bina sesuatu di tanah anda tanpa kebenaran anda? Adakah ini adil?,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung MIC ke-74 di sini hari ini.

Katanya, perkara itu perlu ditangani dan beliau telah memanggil pemimpin India , tampa mengira parti, untuk duduk semeja mencari jalan penyelesaian agar generasi akan datang tidak mengalami masalah yang sama.

Sementara itu, Vigneswaran memberitahu, isu perobohan kuil Kedah sebelum ini sepatutnya boleh diselesaikan menerusi perbincangan.

“Apa yang berlaku di Kedah sungguh mendukacitakan kami. Sepatutnya mereka boleh duduk berbincang terlebih dahulu tetapi hanya perang mulut serta tuduh menuduh sahaja,” ujarnya.

Berikutan itu, tambah beliau, hubungan antara Pas dan MIC terjejas.

Sebelum ini Timbalan Presiden MIC merangkap Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan menggesa Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor supaya menjelaskan pendiriannya berhubung kuil dan tempat ibadat, susulan perobohan sebuah kuil di negeri itu.

Saravanan menyuarakan rasa kecewa dengan tindakan sendirian Muhammad Sanusi berjanji dalam mesyuarat pada Julai lepas akan memaklumkan kepada beliau dan juga Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique sekiranya ada kuil yang akan dirobohkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Bagus la mcm tu… Letak kat front page semua akhbar.. Ckp jgn bina kuil atas tanah orng lain please respect.. Tq

  2. Kalau ada negara lain yang kecam roboh kuil haram maka pi bina kuil di negara berkenaan.

  3. kalau bina di tanah yg bukan hak milik .. apa cer … kira pembinaan haram la tu. sendiri mau ingat la

Comments are closed.