Noor Neelofa Mohd Noor PU Riz honeymoon Langkawi wedding solemnisation violation of SOP CMCO standard operating procedures conditional movement control order wedding solemnisation compound RM60,000
Neelofa

PUTRAJAYA – Usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa enggan mengulas lanjut mengenai isu dakwaannya melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika berada di Langkawi baru-baru ini.

Sebaliknya Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor mahu menyelesaikan isu tersebut secara tertutup profesional bersama pihak polis.

“Saya hormat semua orang hadir di sini ada nak tanya benda nak sama saya juga nak minta rakan media untuk berikan ruang supaya saya boleh selesaikan perkara ini profesional bersama pihak yang berkenaan.

“Itu sahaja yang saya nak minta, saya tidak mahu ulas panjang-panjang memudaratkan keadaan bagi saya ruang untuk saya selesaikan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir di majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Fipper Marketing Sdn Bhd dengan Noor Luminous Sdn Bhd, yang diwakili oleh Neelofa selaku Co-Founder dan CEO The Noor di sebuah hotel hari ini.

Selebriti, Noor Neelofa bersama Pengerusi Eksekutif The Noor, Datuk Haji Ahmad Tajudin di Majlis MOU antara Fipper dan The Noor. Foto FIKRI YAZID, 5 APRIL 2021.

Ditanya bila dia dan suaminya, Haris Ismail bakal memberikan keterangan, Neelofa menegaskan, biarlah isu berkenaan diselesaikannya secara tenang tanpa tekanan mana-mana pihak yang tidak berkenaan.

“Sama juga jawapan saya bagi saya ruang selesaikan masalah ini dengan profesional dan dengan tenang tanpa tekanan mana-mana pihak yang tidak berkenaan,” tambahnya.

Beliau turut tidak mahu menjawab secara terperinci mengenai sebab menghantar pembantu peribadinya untuk memberi keterangan baru-baru ini di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi bersabit isu SOP melibatkan majlis perkahwinannya.

“Saya rasa saya tidak perlu jawab benda-benda ini bagi saya selesaikan dengan cara tersendiri  ini saya tidak perlu beritahu secara terperinci dengan anda semua di luar sana ini saya perlu selesaikan dengan pihak yang berkenaan sahaja,” tambahnya.

Baru-baru ini tersebar di media sosial beberapa gambar memaparkan Neelofa dan suaminya di Langkawi sehingga menimbulkan beberapa persepsi, termasuk dakwaan merentas negeri untuk berbulan madu.

Bagaimanapun, pembekal makanan dan minuman Chatime Malaysia Sdn Bhd mengesahkan artis itu bersama suaminya berada di Langkawi atas urusan kerja.

Selain itu, majlis perkahwinan Neelofa pada 27 Mac juga didakwa melanggar SOP.

Sebelum itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador berkata pihaknya akan memanggil Neelofa dan suaminya untuk memberikan keterangan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast