Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba semasa melawat pameran pada Majlis Perasmian “Future Hospital Strategy and Development Forum” di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 06 APRIL 2021.

KUALA LUMPUR – Seramai 93,000 mendaftar untuk mengambil vaksinasi Covid-19 menerusi aplikasi MySejahtera menerusi program Imunisasi Covid-19.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, perkembangan positif itu memberi keyakinan kepada kementerian untuk meningkatkan kesedaran kepada rakyat mengenai pentingnya pengambilan vaksin Covid-19.

“Kami faham sejak diperkenalkan pada Februari lalu, sambutan rakyat untuk mendaftarkan diri menerima vaksin sangat rendah.

“Dengan pembukaan pendaftaran vaksin di hospital swasta, ia menambah keyakinan kami kerjasama jitu bersama hospital swasta dapat membantu memudahkan serta menambah keyakinan rakyat tampil mengambil vaksin.

“Bayangkan sejak diumumkan pendaftaran di hospital swasta, untuk semalam sahaja seramai 93,000 telah mendaftarkan diri pengambilan vaksin dan ini satu perkembangan baik,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau menyatakan demikian selepas merasmikan Forum Pembangunan dan Strategi Hospital Masa Hadapan 2021 yang turut dihadiri Presiden Persatuan Hospital Swasta, Datruk Dr. Kuljit Singh.

Sementara itu, Kuljit Singh berkata, hospital swasta bekerjasama rapat dengan kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan untuk mendaftarkan orang awam untuk menerima vaksin Covid-19.

“Kita sudah mevaksinasi kakitangan kesihatan swasta sejak dua bulan terakhir ini dengan kerasama kerajaan.

“Kita juga akan bekerjasama dalam mendaftarkan pesakit awam dan swasta untuk vaksin sebagai mempercepatkan proses vaksinasi menggunakan kaedah yang diperkenalkan kerajaan termasuk secara bersemuka seperti yang digalakkan,” ujarnya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast