MUAR – Program Ketua Polis Johor Bersama Masyarakat yang berlangsung selama tiga hari bergantung kepada kecekapan pasukan pengiring Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Johor.
Ketua JSPT, Supritenden M. Kumarasan berkata, mereka bukan sahaja memastikan laluan yang akan dilalui Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin PitchayĀ dalam konvoi berkenaan berjalan lancar.
Malah, ia juga akan memastikan semua anggota, pegawai dan pengguna jalan raya berada dalam keadaan selamat dan terkawal.
“Di samping itu pasukan itu juga perlu mengadakan persiapan awal seperti meninjau laluan yang akan dilalui oleh konvoi sebelum hari program berlangsung.
“Selain itu unit kami perlu memastikan halangan-halangan seperti selekoh tajam, persimpangan, laluan berbahaya yang akan ditempuh.
“Tidak cukup dengan itu mereka perlu menghafal semua laluan pada hari berkenaan agar konvoi tiba di sesuatu tempat mengikut jadual ditempatkan,” katanya ketika ditemui pada Program Ketua Polis Johor Bersama Masyarakat di Muar, Johor.
Sementara itu, Sarjan Abd Hadi Puad antara orang lama yang menganggotai pasukan pengring JSPT memberitahu, walaupun terdedah dengan pelbagai risiko, ia merupakan rutin dalam tugasannya.
“Ia menjadi rutin escort jadi untuk unit saya, kita pastikan laluan itu bersih, lancar selamat untuk konvoi kita, penguna lain,” katanya.
Sarjan Hadi sebelum ini banyak terlibat dengan tuga mengiring seperti Kembara Mahkota Johor dan Le Tour De Langkawi.
Seorang lagi anggota pengiring JSPT, Koperal Mohd Hisham Mustapa berpengalaman selama 11 tahun dalam unit berkenaan mengakui tanggungjawab yang digalas semua anggota dan pegawai cukup berat.
“Escort bagi saya memang orang tengok, orang sampai dah lancar. Tapi kita berhadapan macam-macam dengan kesusahan keadaan parking, tolak kenderaan berat, orang awam kena fikir juga.
“Orang tengok mudah tapi bukan mudah laksanakan kerja itu, tapi dengan kesungguhan kawan kawan, team work yang bagus kita boleh buat,”katanya.
Mereka juga terdedah kepada pelbagai risiko ketika melakukan tugasan,katanya.
Seramai 39 anggota dan pegawai terlibat dalam program julung-julung kali diadakan ini dengan melibatkan 19 buah motosikal; lima buah kenderaan utiliti sukan (SUV), Mitsubishi Outlander,, sebuah Mitsubishie Pajero, sebuah pikap Toyota Hilux dan dua buah van.
Hari terakhir Program Ketua Polis Johor Bersama Masyarakat antaranya menyantuni masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli Rengit, Batu Pahat sebelum singgah ke Dewan Orang Ramai Air Baloi dekat Pontian danĀ berakhir di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor.
Program yang melibatkan Ketua Polis Johor itu anjuran JSPT buat julung-julung kalinya diadakan itu bagi menyantuni masyarakat selama tiga hari bermula Jumaat lalu dan berakhir hari ini.
Sebanyak 13 daerah polis dilawati Ayob Khan sejauh 774 kilometer. – MalaysiaGazette