KUALA LUMPUR – Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia ((MIDA) kekal positif terhadap prospek pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) meskipun iklim pelaburan optimis disebabkan pandemik Covid-19.

Berikutan itu,Syarikat-syarikat d

Tambahan pula, R&D memainkan peranan penting dalam Industri 4.0.

Lantaran itu, Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Arham Abdul Rahman berkata, agensi itu akan mendorong syarikat-syarikat untuk memanfaatkan MIDA Lighthouse Programme yang membantu syarikat-syarikat mempercepatkan penerapan Industri 4.0 ke tahap yang berskala dan berkesan.

“MIDA juga berharap dapat mempengaruhi penyedia ekosistem ke arah transformasi Industri 4.0 yang serupa dengan memudahcarakan syarikat-syarikat untuk menangani cabaran dan halangan dalam pelaksanaannya,” kata beliau ketika berucap dalam majlis Research and Development for Business (RD4B) Programme.

Program itu dianjurkan bertujan mempromosi dan meningkatkan kepentingan kesedaran aktiviti R&D dalam kalangan pemain-pemain industri.

Menurut beliau, kerajaan menyedari pentingnya penyelidikan, pengembangan
dan inovasi, justeru menyediakan dana sokongan melalui pelbagai kementerian untuk semua peringkat R&D dari penciptaan idea, penyelidikan, pengembangan dan pengkomersialan.

Malah, dalam Belanjawan 2021, kerajaan meluaskan insentif cukai untuk syarikat yang
mengkomersialkan penemuan R&D institusi penyelidikan awam dan institusi pengajian awam swasta.

Selain itu, skop R&D yang layak kini merangkumi kedua-dua sumber dan syarikat bukan berasaskan sumber, ujarnya.

Sehubungan itu, Arham berkata, syarikat-syarikat didorong untuk memanfaatkan pelbagai sokongan dan kemudahan kerajaan untuk bergerak ke arah Industri 4.0.

Antara inisiatif di bawah MIDA termasuk elaun modal automasi, Dana Intervensi Industri4WRD, serta Automasi Pintar.

Tahun lalu, katanya, MIDA meluluskan sebanyak 199 projek berkaitan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan modal pelaburan berjumlah RM3.1 bilion setakat 31 Disember tahun lalu.

Pelaburan ini telah mewujudkan peluang sebanyak 6,949 pekerjaan berkemahiran tinggi.
kelulusan ini melibatkan 30 syarikat R&D, 80 kontrak syarikat R&D, 46 syarikat dengan kemudahan R&D, 26 syarikat berstatus R&D dan 17 projek strategik nasional R&D.

Antara industri utama projek R&D yang diluluskan termasuk elektrik dan elektronik (E&E), automotif dan pengangkutan, mesin dan peralatan sebagai serta produk kimia dan kimia. – MalaysiaGazette