Perodua Aruz

KUALA LUMPUR – Perodua Aruz telah memasuki pasaran eksport pertamanya ke Singapura – dengan harga pada masa pelancaran S$92,999 (RM286,409*), termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan Certificate of Entitlement
(COE).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, Aruz merupakan kenderaan tujuh-tempat duduk pertama yang ditawarkan oleh Perodua di Singapura.

Dengan jualan hampir 58,000 unit di Malaysia sejak pelancarannya pada 2019, Perodua Aruz merupakan SUV terlaris di Malaysia pada 2019 dan 2020.

Perodua Aruz dijual oleh Perocom Auto Pte Ltd di pusat jualan dan servisnya di Ubi.

Menurutnya, Perocom Auto adalah pengedar sah tunggal Perodua di Singapura sejak 1997, telah menjual Kancil, Kembara, Kelisa, Myvi generasi pertama dan ketiga, Viva, Axia dan Bezza.

Selain Singapura, Perodua juga mengeksport ke Brunei, Sri Lanka, Mauritius, Seychelles, Fiji dan Indonesia (yang mana Myvi dijual sebagai Daihatsu Sirion). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast