Bayaran zakat boleh dibuat melalui e-dompet Boost.

KUALA LUMPUR – E-dompet tempatan Boost sekali lagi menawarkan bayaran tanpa kontak untuk zakat fitrah di enam negeri pada Ramadan kedua tahun ini.

Dengan ciri ini, lebih ramai umat Islam boleh membayar zakat pada bulan mulia dengan selamat dan mudah.

Melalui kempen Ramadan Boost, ‘Bersama Berkongsi Berkat’, yang mana Boost menawarkan semula ciri aplikasi yang diperlukan untuk umat Islam apabila memenuhi tuntutan di bulan puasa, seperti tile ‘Waktu Solat.’

Sehingga 12 Mei, pengguna Boost boleh membayar Zakat Fitrah di negeri-negeri berikut, tanpa perlu berkunjung ke pusat pungutan zakat:

1. Lembaga Zakat Selangor (LZS)
2. Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK)
3. Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)
4. Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)
5. Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan (PBMaINS)
6. Pusat Pungutan Zakat- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)

Mohd Khairil Abdullah, CEO Boost berkata, pada norma baharu sekarang semakin ramai orang terbuka kepada pengalaman serta gaya hidup tanpa kontak dan dalam talian.

Memandangkan Bazar Ramadan dan solat terawih di masjid diizinkan pada jumlah terhad tahun ini, Boost mahu memastikan kesejahteraan warga Malaysia kekal terpelihara, dengan menawarkan solusi tanpa kontak.

Oleh itu, Boost memperkenalkan semula tawaran utama dan kolaborasi baharu dengan pelbagai rakan kerja, sebagai usaha kolektif untuk membolehkan masyarakat Islam beribadah dengan selamat pada bulan mulia ini.

Pengguna boleh membayar Zakat Fitrah dengan mengetik tile ‘Zakat’ di laman utama atau melalui tab ‘Do More’ di bahagian ‘Donation’.

Pengguna boleh menambahkan akaun zakat dengan mudah dengan hanya menyediakan maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit.

Maklumat ‘Harga Beras’ juga tersedia di aplikasi.

Katanya, setelah selesai membuat pembayaran, pengguna akan menerima resit melalui e-mel yang boleh digunakan untuk tujuan rebet cukai persendirian.

Pembayaran zakat melalui e-dompet adalah sah tanpa ‘Lafaz Akad’ dan mematuhi undang-undang Islam. – MalaysiaGazette