BRASILIA – Pendakwaraya Persekutuan di negeri Roraima, Brazil sedang menyiasat laporan bahawa emas yang dilombong secara haram di tanah rizab penduduk asal di Yanomami ditukar dengan vaksin Covid-19, kata Pejabat Pendakwaraya kepada Reuters.
Pemimpin puak penduduk asal di Amazon mengadu mengenai pertukaran itu dan pendakwaraya berkata, mereka akan menyiasat laporan tersebut yang mana sebahagian daripada siasatan tentang perubahan suntikan vaksin yang diperuntukan kepada penduduk asal telah dilakukan.
Brazil menghadapi gelombang penularan koronovirus yang teruk dan penduduk asal negara itu terdedah kepada bahaya tersebut.
Persatuan Hutukara, yang menwakili penduduk Yanomami, menimbulkan isu itu kepada pendakwaraya.
Persatuan itu berkata, pekerja kesihatan di daerah Homoxi memberi suntikan vaksin kepada pelombong haram dengan pertukaran emas.
Pekerja kesihatan juga menjual petrol dan sebuah generator kepada pelombong dengan pertukaran emas, kata persatuan itu.
“Penduduk Yanomami telah lama membuat aduan bahawa material dan ubat untuk kesihatan penduduk asal dilencongkan kepada pelombang,” kata persatuan itu dalam suratnya yang dihantar kepada pendakwaraya dan Kementerian Kesihatan.
Kes lain membabitkan pekerja kesihatan lain yang menemui pelombong pada waktu malam dan memberi mereka ubat sebagai pertukatran dengan emas, kata persatuan itu.
Kementerian Kesihat berkata, ia telah menerima surat itu pada 5 April lalu dan telah membuka siasatan. – MalaysiaGazettte