GEORGE TOWN – Lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes bunuh Konstabel Muhammad Iqbal Mazlan direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 24 April ini.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Khalijah Mohd Khalid di Mahkamah Majistret George Town, kata Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong.
”Mahkamah membenarkan suspek direman selama tujuh hari bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut untuk melengkapkan kertas siasatan,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika dihubungi hari ini.
Semalam MalaysiaGazette melaporkan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong yang mengesahkan kematian Konstabel Muhammad Iqbal Mazlan, 22, ketika bertugas diklasifikasikan sebagai kes bunuh.
Soffian berkata, mangsa bersama dua anggota dari Balai Polis Dato Keramat terserempak dengan seorang lelaki ketika melakukan rondaan cegah jenayah pada jam 1.15 pagi semalam di Jalan Scotland, di sini.
Katanya, tiga anggota tersebut meminta suspek itu untuk memberhentikan motosikalnya namun dia memecut laju hingga ke Jalan Utama.
“Susulan itu berlaku aksi kejar-mengejar hingga ke Jalan Utama. Suspek juga dilaporkan menunggang secara berbahaya iaitu zig-zag bagi mengelakkan dirinya diberkas.
“Bagaimanapun, sebaik tiba di Jalan Utama, suspek dikatakan menghimpit motosikal yang ditunggangi Muhammad Iqbal hingga dia terbabas sebelum jatuh dan terhantuk pada pembahagi jalan.
Mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala suspek mengalami kecederaan ringan selepas turut terjatuh dari motosikalnya. – MalaysiaGazette
Polis klasifikasikan kes bunuh berhubung kematian Konstabel Muhammad Iqbal
Apalagi mat himpit lepak laa makan tanggung berak tong.