Tan Sri Muhyiddin Yassin Covid-19 pandemic
Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Rating sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal stabil pada 67% malah menunjukkan sedikit peningkatan berbanding 63% pada akhir Januari lalu.

Dapatan itu diperoleh menerusi tinjauan Merdeka Centre ke atas 2,111 pengundi di Semenanjung Malaysia yang dijalankan dari 31 Mac hingga 12 April 2021.

Responden terdiri daripada 64% Melayu, Cina (28%) dan India (8%).

Tinjauan tersebut menunjukkan Perdana Menteri mendapat sokongan kukuh daripada pengundi Melayu iaitu sebanyak 83 peratus berbanding 30 peratus pengundi Cina dan 66 peratus pengundi India.

Sementara itu, tinjauan Merdeka Centre terhadap mood rakyat mengenai halatuju negara pula menghasilkan dapatan bercampur apabila 41 peratus responden berpandangan bahawa negara menuju ke arah yang betul.

Ia sedikit rendah berbanding 46 peratus yang merasakan negara ‘menuju ke arah yang salah’.

Pandangan tersebut menyaksikan sedikit perubahan berbanding ketika kajian dibuat pada Januari lalu apabila 32% merasakan negara menuju ke arah yang betul manakala 54% lagi berpandangan sebaliknya.

”Mereka yang berpandangan negara bergerak ke arah yang betul positif terhadap pentadbiran dan mengakui bahawa kebajikan rakyat diberi perhatian, manakala mereka yang berpandangan sebaliknya bimbang tentang kestabilan politik dan keadaan ekonomi,” menurut kajian itu lagi.

Kajian juga mendapati keadaan ekonomi menjadi perhatian utama responden iaitu sebanyak 57 peratus diikuti pandemik 16 peratus manakala politik 2.4 peratus.

Mengenai langkah membendung penularan pandemik Covid-19, kajian mendapati 70 peratus berpuashati dengan usaha kerajaan berbanding 53% pada Januari ketika jangkitan harian mencecah 4000 kes.

Tinjauan juga mendapati majoriti 74 peratus pengundi konsisten bahawa kerajaan membantu rakyat yang memerlukan bantuan ketika pandemik berbanding 25 peratus yang tidak berpuashati. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Najib mengkritik kerajaan dengan cara yang sangat berhemah, berinformasi dan bergizi! Tahniah, jarang2 sangat melihat MP2 yang dapat beri kritikan yang sangat berfakta dan berkualiti!

    TAKUT melihat hutang2 yang dibuat kerajaan PH & PN, membukit2, menimbun2! Siapa yang nak bayar bende2 tu semula nanti? Anak dan cucu? Atok dah sangat tua?

Comments are closed.