Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kes positif baharu Covid-19 terus melepasi 2,000 kes untuk hari ke-12 dengan hari ini mencatatkan sebanyak 2,776 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu sebanyak 2,773 merupakan penularan tempatan manakala tiga lagi kes import.

Selangor terus merekodkan jumlah kes harian baharu tertinggi iaitu 762 kes, diikuti Sarawak (615), Kelantan (343), Johor (309), Kuala Lumpur (254), Pulau Pinang (123) Negeri Sembilan (112) dan lain-lain di bawah 100 kes.

“Kes sembuh baharu pula adalah 1,803 menjadikan jumlah pulih sebanyak 369,556 kes,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 iaitu 24,713 dengan 300 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 133 lagi memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tambahnya, terdapat 13 lagi kes kematian baharu hari ini menjadikan jumlah kumulatif yang meninggal dunia akibat wabak tersebut berjumlah 1,449 kes. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast