forfeiture suit UMNO MCA Najib Razak 1MDB scandal Court of Appeal appeals Palace of Justice
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini memerintahkan ahli perniagaan Zaidi Kanapiah atau lebih dikenali sebagai “Datuk Addy Kana” dan dua anggota polis yang ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 berkaitan satu sindiket perjudian dalam talian, dibebaskan dengan serta-merta.

Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengerusikan panel lima hakim membenarkan rayuan ketiga-tiga mereka terhadap permohonan writ habeas corpus.

Empat lagi hakim yang merupakan ahli panel itu ialah  Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Zaleha Yusof, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim dan Datuk Rhodzariah Bujang.

Zaidi, Koperal Muhamad Amin Nur Rashid Mohamed Puad dan Koperal Mohd Hairy Mohammad yang berusia antara 35 hingga 40 tahun merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan permohonan writ habeas corpus mereka supaya dibebaskan dengan serta-merta.

Tengku Maimun bersetuju responden terdiri daripada mahkamah majistret, ketua polis negara, kerajaan dan ASP Khairul Fairoz Rodzuan tidak memenuhi keperluan undang-undang untuk menjustifikasi kesahan penahanan ketiga-tiga mereka.

“Rayuan dibenarkan, perintah Mahkamah Tinggi diketepikan dan permohonan writ  habeas corpus perayu (Addy Kana dan dua lagi) dibenarkan.  Justeru, dengan perintah setiap perayu dibebaskan daripada tahanan  serta-merta,” kata Hakim Tengku Maimun.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast