KUALA LUMPUR – Sunway Property memperkenalkan satu lagi projek perumahan terbaru di kawasan ibu kota, Sunway Belfield.
Menonjol mengenai projek perumahan Sunway Property kali ini ialah lokasinya yang strategik menjadi nadi penghubung antara gaya hidup bandar dengan budaya Malaysia.
Kerancakan semula ekonomi negara membuatkan masyarakat mula merangka kembali pelaburan yang ingin dilakukan dan ini 5 sebab utama mengapa Sunway Belfield merupakan hartanah yang wajib dimiliki pasca pandemik.
Lokasi emas ibu kota
Lokasinya yang terletak di tengah pusat bandar Kuala Lumpur, pastinya menjadi tarikan kepada penghuni atau pelancong yang mahukan kehidupan di bandar dalam suasana yang tenang.
Terdapat banyak lokasi tarikan dalam lingkungan 5 kilometer daripada kawasan ini seperti Chinatown, Petaling Street, Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka, Menara Kuala Lumpur dan banyak lagi.
Untuk memenuhi keperluan bersantai pada hujung minggu, terdapat beberapa pusat membeli-belah dan hiburan seperti di Pavilion KL, Suria KLCC, Perdana Botanical Garden, Sunway Velocity Mall dan Mid Valley Megamall di mana semuanya dalam radius 5km sahaja.
Pembangunan yang akan datang iaitu Merdeka 118, bakal menjadi bangunan tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara hanya terletak 800 meter dengan berjalan kaki dari Sunway Belfield.
Merdeka 118 akan menawarkan satu juta kaki persegi pusat membeli-belah dan hiburan, 83 tingkat ruang pejabat, 17 tingkat bilik hotel manakala 18 tingkat selebihnya untuk ameniti seperti dek pemerhati, restoran, ruang VIP, dan lain-lain.
Ini tentu sekali menjadi tarikan terbaru di ibu kota dan secara tidak langsung meningkatkan reputasi dan keinginan orang ramai untuk memiliki rumah di Sunway Belfield, kerana nilainya pasti akan melonjak apabila projek Merdeka 118 siap dibina.
Dikelilingi kemudahan pengangkutan awam
Bukan sekadar dikelilingi tempat yang menarik, Sunway Belfield juga mudah diakses melalui jalan utama seperti Jalan Istana, Jalan Damansara, Jalan Maharajalela, Jalan Syed Putra, Jalan Kuching, Jalan Sungai Besi dan Lebuhraya Persekutuan.
Bagi pengguna pengangkutan awam, stesen monorel terdekat ialah Stesen Monorel Maharajalela yang terletak hanya 400 meter berjalan kaki.
Manakala hub pengangkutan terbesar dan bertaraf dunia di negara, KL Sentral terletak hanya dua stesen dari Stesen Monorel Maharajalela.
KL Sentral merupakan penghubung utama pengangkutan di Malaysia dengan akses kepada 6 laluan kereta api seperti LRT, KTM Komuter, KTM Intercity, KL Monorel, KLIA Express Link dan KLIA Transit yang mempercepatkan perjalanan ke KLIA dan klia2, yang hanya mengambil masa 28 minit sahaja.
Untuk berhubung dengan Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang, pengguna boleh transit di stesen pertukaran MRT Bukit Bintang yang hanya 3 stesen daripada Stesen Monorel Maharajalela.
Daripada stesen Bukit Bintang, anda akan mendapat akses terus ke syurga membeli belah seperti Pavilion KL, Starhill Gallery, Farenheit88 dan Lot 10.
Pelan unit jenis Semi-D & Banglo
Bagi yang mencari eksklusitiviti kehidupan di bandar, Sunway Belfield menawarkan 10 unit kediaman pada setiap tingkat bagi memberikan penghuni privasi walaupun tinggal di bandar.
Reka bentuk yang luas dan praktikal pula memberikan anda pilihan untuk memilih pelan jenis semi-D atau banglo. Konsep rumahnya yang eksklusif pula menjadikan ia hartanah yang menguntungkan untuk dimiliki sama ada untuk kegunaan peribadi atau pelaburan.
Setiap kediaman dilengkapi kabinet dapur, malah terdapat juga unit yang mempunyai dapur basah dan kering.
Sistem keselamatan moden
Bagi memberikan ketenangan kepada penghuninya, Sunway Belfield menerapkan ciri keselamatan yang mempunyai beberapa peringkat lapisan, menggunakan sistem keselamatan terkini dan mempunyai kawalan keselamatan 24 jam.
Penghuni dilengkapi dengan kunci digital yang memberikan pemilik peluang untuk menikmati kemudahan tanpa kunci dan tidak perlu bimbang jika kehilangan atau terlupa keberadaan kunci.
Fasiliti pendidikan dan kesihatan
Untuk penghuni yang berkeluarga dan mempunyai anak yang masih bersekolah, Sunway Belfield adalah lokasi penempatan yang strategik buat anda.
Beberapa buah sekolah berada berdekatannya seperti SJK (C) Kuen Cheng 1 yang terletak dengan hanya 400 meter berjalan kaki. Manakala, Sekolah Menengah Kuen Cheng, Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria, Sekolah Antarabangsa Alice Smith dan Sekolah Antarabangsa Taylor semuanya terletak dalam lingkungan lima kilometer.
Selain itu, ia turut berdekatan dengan fasiliti kesihatan seperti Tung Shin Hospital, Sunway Medical Centre Velocity dan juga Prince Court Medical Centre.
Sunway Belfield memenuhi ciri rumah impian
Sunway Belfield memberikan pengalaman hidup di bandar yang menakjubkan. Selain menawarkan keselesaan, keselamatan dan privasi, kemudahan yang disediakan juga mewah dan eksklusif.
Penghuni boleh menikmati kolam infiniti, jakuzi, ruang untuk membaca, bilik karaoke, gimnasium, studio yoga dan tarian, ruang kerja bersama, rumah pokok, taman permainan kanak-kanak dan banyak lagi. Fasiliti ini disediakan di Tingkat 8 dan 8A.
Aras tertinggi di Sunway Belfield, Level 53A, mempunyai Sky Deck yang luas, di mana penghuni boleh menikmati pemandangan Kuala Lumpur.
Turut disediakan di aras yang sama termasuklah ruang BBQ dan Sky Function Room. Ini pastinya memberikan pengalaman baru untuk penghuni berkumpul dan berhibur bersama rakan-rakan dan keluarga.
Lawati bilik pameran Sunway Belfield hari ini
Sunway Belfield menanti kehadiran anda ke ruang pameran yang disediakan namun buat anda yang tidak berkesempatan ke bilik pameran boleh lawati bilik pameran secara maya di SINI.
Dengan 5 jenis unit yang ditawarkan, pembeli boleh memilih unit yang bersesuaian sama ada ingin dijadikan pelaburan kerana kawasannya yang strategik atau sebagai kediaman keluarga.
Panggilan terakhir untuk anda menikmati penjimatan dengan Kempen Pemilikan Rumah (HOC). Blok A telah menerima sambutan yang sangat menggalakkan daripada pembeli dan Blok B kini dibuka untuk jualan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Sunway Belfield, anda boleh layari https://bit.ly/39vzclP.
Pemaju rumah terbaik pastinya Sunway Property “Master Community Developer”.