Pelajar memakai serban sebelum kelas tadarus Al-Quran sempena bulan Ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bandar Pinggiran Subang Seksyen U5, Shah Alam, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 28 APRIL 2021.

Ramadan merupakan bulan ibadah bagi seluruh umat Islam di negara ini berpuasa bagi memenuhi Rukun Islam yang ketiga.

Kehadiran bulan penuh Barakah ini sudah tentu memberi makna yang besar buat anak-anak tahfiz dalam merebut pahala menerusi ibadah yang dijalankan.

Bagi penghuni Madrasah Muhajir Wal Ansar yang terletak di Bandar Pinggiran Subang, Seksyen U5, Shah Alam, kedatangan Ramadan amat lah ditunggu-tunggu kerana seronok dapat berbuka puasa bersama rakan-rakan sepengajian.

Pengerusi madrasah, Alias Zainol berkata, kebanyakan penghuni di situ merupakan kanak-kanak warga Rohingya serta anak-anak kurang berkemampuan.

“Madrasah ini pernah menghadapai cabaran besar ketika pandemik Covid-19 ini mula-mula melanda negara tahun lalu apabila kita kekurangan sumbangan dan bantuan.

“Namun ketika ini keadaan sudah semakin pulih dan kita cuba yang terbaik untuk semua anak-anak di sini supaya mereka mendapat keperluan mencukupi dalam mendalami ilmu agama.

“Ibu bapa mereka hanya bekerja untuk cukup makan sahaja jadi di sini kita memang tidak kenakan yuran,” katanya kepada Malaysia Gazette.

Bercerita lanjut mengenai rutin harian anak-anak di madrasah, Alias berkata, mereka akan bangun seawal 4.30 pagi untuk mengerjakan solat sunat tahajud dan diikuti waktu bersahur serta solat Subuh.

Selepas itu, diadakan sesi tazkirah sebelum mereka berehat sebentar dan kembali melakukan aktiviti ibadah seperti bertadarus, belajar tajwid, menghafal dan mengaji Al-Quran.

“Pada sebelah petang mereka akan ambil sedikit masa untuk bersihkan kawasan ini selain beriadah bersama rakan-rakan dan selepas itu berbuka puasa beramai-ramai,” katanya.

Tambah Alias lagi, orang awam juga boleh menyalurkan sumbangan ikhlas mereka menerusi akaun Maybank madrasah (562085629417) atau boleh hubungi talian (011-58071368).

Pengerusi Madrasah Muhajir Wal Ansar, Alias Zainol (tengah,duduk) bergambar bersama pengajar dan pelajar yang lain sempena bulan Ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bandar Pinggiran Subang Seksyen U5, Shah Alam, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 28 APRIL 2021.
Gelagat pelajar bangun dari tidur untuk kelas tadarus Al-Quran sempena bulan Ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bandar Pinggiran Subang Seksyen U5, Shah Alam, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 28 APRIL 2021.
Pelajar membersihkan pinggan mangkuk sementara menunggu waktu berbuka puasa sempena bulan Ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bandar Pinggiran Subang Seksyen U5, Shah Alam, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 28 APRIL 2021.
Pelajar memakai serban sebelum kelas tadarus Al-Quran sempena bulan Ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bandar Pinggiran Subang Seksyen U5, Shah Alam, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 28 APRIL 2021.
Pelajar melakukan persiapan diri sebelum kelas tadarus Al-Quran sempena bulan Ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bandar Pinggiran Subang Seksyen U5, Shah Alam, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 28 APRIL 2021.
Pelajar khusyuk bertadarus Al-Quran secara berkumpulan bagi mengambil peluang beribadah sempena bulan Ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bandar Pinggiran Subang Seksyen U5, Shah Alam, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 28 APRIL 2021.

Pelajar menyidai pakaian sementara menunggu waktu berbuka puasa sempena bulan Ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bandar Pinggiran Subang Seksyen U5, Shah Alam, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 28 APRIL 2021.
Gelagat seorang pelajar semasa bertadarus Al-Quran secara berkumpulan bagi mengambil peluang beribadah sempena bulan Ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bandar Pinggiran Subang Seksyen U5, Shah Alam, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 28 APRIL 2021.
Pelajar khusyuk bertadarus Al-Quran secara berkumpulan bagi mengambil peluang beribadah sempena bulan Ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bandar Pinggiran Subang Seksyen U5, Shah Alam, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 28 APRIL 2021.
Tenaga pengajar serta pelajar menunaikan solat secara berjemaah sempena bulan Ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bandar Pinggiran Subang Seksyen U5, Shah Alam, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 28 APRIL 2021.

Pelajar mengaminkan bacan doa selepas menunaikan solat secara berjemaah sempena bulan Ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bandar Pinggiran Subang Seksyen U5, Shah Alam, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 28 APRIL 2021.
Pelajar khusyuk bertadarus Al-Quran secara berkumpulan bagi mengambil peluang beribadah sempena bulan Ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bandar Pinggiran Subang Seksyen U5, Shah Alam, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 28 APRIL 2021.
Pelajar khusyuk bertadarus Al-Quran secara berkumpulan bagi mengambil peluang beribadah sempena bulan Ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bandar Pinggiran Subang Seksyen U5, Shah Alam, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 28 APRIL 2021.
Seorang pengajar membantu salah seorang pelajar membaca Al-Quran sempena bulan Ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bandar Pinggiran Subang Seksyen U5, Shah Alam, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 28 APRIL 2021.
Pelajar melakukan aktiviti bebas pada masa terluang sementara menunggu waktu berbuka sempena bulan Ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bandar Pinggiran Subang Seksyen U5, Shah Alam, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 28 APRIL 2021.

Seorang pengajar dibantu seorang pelajar melakukan persiapan juadah berbuka puasa sempena bulan Ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bandar Pinggiran Subang Seksyen U5, Shah Alam, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 28 APRIL 2021.
Pelajar mengagihkan lauk pada dulang yang disediakan sebagai juadah berbuka puasa sempena bulan Ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bandar Pinggiran Subang Seksyen U5, Shah Alam, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 28 APRIL 2021.
Sementara menunggu waktu berbuka, pelajar membaca Al-Quran sempena bulan Ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bandar Pinggiran Subang Seksyen U5, Shah Alam, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 28 APRIL 2021.
Pelajar mengambil air minuman sebagai juadah berbuka puasa sempena bulan Ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bandar Pinggiran Subang Seksyen U5, Shah Alam, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 28 APRIL 2021.
Pelajar makan secara beramai-ramai setelah masuknya waktu berbuka puasa sempena bulan Ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bandar Pinggiran Subang Seksyen U5, Shah Alam, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 28 APRIL 2021.