Home Penulis Artikel Oleh Affan Fauzi

Affan Fauzi

1580 Artikel 0 Komen

Muhyiddin Hadir Sebutan Kes Salah Guna Kuasa dan Pengubahan Wang Haram

Bekas Perdana Menteri yang juga Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir ke mahkamah bagi pada perbicaraan atas empat tuduhan guna kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu dan dua tuduhan terima wang hasil aktiviti haram RM195 juta di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 26 MEI 2023.

Ahli-Ahli Parlimen Ketika Hadir Sidang Dewan Rakyat

Bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hadir pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 25 MEI 2023.

Liga Super : Selangor FC Menang Tipis Ke Atas Kedah 3...

Pemain Selangor FC, Noor Al-Deen Mahmoud Ali Al Rawabdeh meraikan jaringannya semasa menentang pasukan Kedah Darul Aman FC pada Perlawanan Liga Super Malaysia 2023 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 25 MEI 2023.

Ahli-Ahli Parlimen Hadir Persidangan Dewan Rakyat

Timbalan Menteri Kewangan I yang juga Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan hadir pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 24 MEI 2023.

Agong, Raja Permaisuri Hadir Persidangan Persatuan Wanita Desa Sedunia Ke-30

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan beramah mesra dengan delegasi yang hadir pada Persidangan Persatuan Wanita Desa Sedunia (ACWW) ke-30 diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Hotel Marriot Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 19 MEI 2023.

Bomba Padam Kebakaran di Pusat Membeli Belah Mid Valley

Anggota bomba dan penyelamat memadam kebakaran melibatkan bilik pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di pusat membeli-belah Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 17 MEI 2023.

Pelepasan Trip Pemulihan Operasi Umrah Emraz

Jemaah umrah memeluk ahli keluarga sebelum daftar masuk bagi menaiki pesawat untuk berangkat ke tanah suci menerusi Trip Pemulihan Operasi Umrah dibawah kendalian Emraz Travel & Tours Sdn Bhd (Emraz) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Foto AFFAN FAUZI, 15 MEI 2023.

Rosmah Hadir Perbicaraan Kes Pengubahan Wang Haram, Elak Cukai

Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hadir ke mahkamah bagi perbicaraan berhubung pertuduhan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 12 MEI 2023.

Suspek Kes Letupan Bom Buatan Sendiri Dihadap Ke Mahkamah

Anggota polis membawa empat lelaki ke mahkamah bagi tuduhan kes kejadian letupan bom buatan sendiri di sebuah kondominium Jalan Klang Lama di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 12 MEI 2023.

Zahid, Tok Mad Hadir Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-77

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan tetamu yang hadir sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-77 di Surau Ar-Rahman Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AFFAN FAUZI, 11 MEI 2023.