Affan Fauzi
Banjir Johor – Pembersihan SMK Chaah
Sukarelawan giat melakukan kerja-kerja pembersihan peralatan yang bersalut lumpur akibat ditenggelami banjir berikutan hujan berterusan ketika tinjaun lensa Malaysia Gazette di Sekolah Menengah Kebangsaan Chaah, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 06 MAC 2023.
Menteri Pendidikan Tinjau Sekolah Terjejas Banjir
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek melakukan lawatan di sekitar kawasan sekolah yang terjejas akibat banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Seri Bali, Chaah, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 06 MAC 2023.
Pusat Pemindahan Sementara di Segamat #DailyLife
Penduduk yang terjejas ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berikutan kejadian banjir akibat hujan berterusan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sekolah Kebangsaan Gemereh, Segamat, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 05 MAC 2023.
Banjir Johor – Haiwan Peliharaan Diselamatkan
Penduduk, Shaifol Amri sempat singgah melihat dan memeriksa kucing peliharan jiran-jirannya yang diselamatkan daripada banjir akibat hujan berterusan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Temehel, Yong Peng, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 05 MAC 2023.
Anwar Luang Masa Dengan Mangsa Banjir di Johor
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menyantuni mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Gemereh, Segamat, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 05 MAC 2023.
Banjir Besar di Johor
Keadaan banjir yang masih belum surut berikutan hujan berterusan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan bandar Kota Tinggi, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 04 MAC 2023.
Anwar Ibrahim Bersama Warga Serdang
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menikmati makan tengah hari sebelum menunaikan solat Jumaat di Medan Selera Taman Tasik Sri Serdang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 03 MAC 2023.
Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid bersama timbalannya, Datuk Rubiah Wang (dua kiri) bergambar bersama sebahagian warga kerja RISDA pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Ibu Pejabat RISDA, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 02 MAC 2023.
Mesyuarat Pertama Majlis Ulama UMNO
Pengerusi Majlis Ulama UMNO (MUU), Datuk Dusuki Ahmad selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ulama UMNO di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 27 FEBRUARI 2023.
Aksi Selangor FC Tewaskan Kelantan United 1-0 #LigaSuper
Pemain Selangor FC, Ayron Del Valle mengawal bola sambil cuba dihalang pemain Kelantan United FC pada perlawanan Liga Super Malaysia 2023 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 26 FEBRUARI 2023.