Tuesday, April 23, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Affan Fauzi

Affan Fauzi

1667 Artikel 0 Komen

Zahid Hamidi Hadir Perbicaraan Kes di Mahkamah KL

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir ke mahkamah bagi perbicaraan kes 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram Yayasan Akalbudi di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 21 OGOS 2023.

Sedih dan Pilu Lihat Pemergian Juruterbang Pesawat, Heikal Aras

Anak, Daniel Zulqarnain meratapi jenazah ayahnya yang juga juruterbang, Allahyarham Heikal Aras Abdul Azim yang terlibat dalam nahas pesawat di Bandar Elmina sebelum disembahyangkan di Desa Pinggiran Putra, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 20 OGOS 2023.

Aksi Perlawanan KL City Singkir Penang FC #PialaMalaysia

Pemain Penang FC, Haziq Ahmad Puad (kiri) diasak pemain KL City FC, Tchetche Hermann pada perlawanan Piala Malaysia 2023 Pusingan ke- 16 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 18 OGOS 2023.

Dr Zaliha Lihat Ventech S1 Kejayaan Terbaru Advance Pact dengan kerjasama...

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa mendengar penerangan daripada Ketua Pegawai Operasi Advance Pact Sdn Bhd, Siti Ainol Khabtiah Mohd Jamil (kiri) mengenai Ventech S1 kejayaan terbaru Advance Pact selepas Majlis Perasmian Healthcare Facility Management Conference and Exhibition 2023 di Pusat Pameran dan Konvensyen IOI, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 17 OGOS 2023.

Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah #PDRM

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razaruddin Husain @ @ Abd Rasid menyaksikan penyerahan tongkat kuasa tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah daripada Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay kepada Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain (kanan) pada Majlis Pemakaian Lencana Pangkat dan Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 15 OGOS 2023.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun bersalaman dengan penyokong selepas Istiadat Penyerahan Watikah, Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan di Seri Menanti Resort, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Foto AFFAN FAUZI, 14 OGOS 2023.

PH-BN Menang Dua Pertiga Kerusi DUN Negeri Sembilan

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun diiringi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke bergambar bersama calon-calon yang menang pada Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN) bagi Negeri Sembilan selepas memenangi dua petiga kerusi DUN di Klana Resort Hotel, Seremban, Negeri Sembilan. Foto AFFAN FAUZI, 12 OGOS 2023.

Pintu Pagar Pusat Mengundi Ditutup #PRN15

Petugas SPR menutup pagar setelah tamat waktu mengundi sempena Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN) di Sekolah Kebangsaan Seri Kelana, Negeri Sembilan. Foto AFFAN FAUZI, 12 OGOS 2023.

Tok Mat dan Isteri Selesai Membuang Undi #PRN15

Calon Barisan Nasional (BN) N. 27 Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama isterinya, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin membuang undi pada hari mengundi sempena Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN) di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Chung Hua, Rantau, Negeri Sembilan. Foto AFFAN FAUZI, 12 OGOS 2023.

Anggota TUDM Undi Awal di PU Sendayan #PRN15

Anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Hamnaziroh Othman (kiri), Nur Husna Athirah Kamadzaman(tengah) dan Siti Khalijah Abu Bakar menunjukkan jari yang dicelup dakwat pada hari pengundian awal sempena Pilihan Raya Negeri ke -15 (PRN) di Pusat Pengundian Awal Dewan Angkasaraya, Pangkalan Udara Sendayan, Negeri Sembilan. Foto AFFAN FAUZI, 08 OGOS 2023.