Saturday, May 4, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Affan Fauzi

Affan Fauzi

1667 Artikel 0 Komen

Persiapan Akhir Pusat Mengundi Awal SPR #PRN15

Petugas SPR melakukan kerja-kerja persiapan akhir menjelang hari pengundian awal esok sempena Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN) Negeri Sembilan DUN Temiang ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Unit 7 Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Seremban. Foto AFFAN FAUZI, 07 OGOS 2023.

Tok Mat Kembali Berkempen di Rantau #PRN15

Gelagat calon Barisan Nasional (BN) N. 27 Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan beramah mesra dengan seorang penduduk berkerusi roda pada Majlis Pemimpin bersama Masyarakat sempena kempen Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN) selepas bercuti tiga hari akibat dijangkiti influenza di Dewan Terbuka Bola Keranjang Kuala Sawah, Rantau, Negeri Sembilan. Foto AFFAN FAUZI, 06 OGOS 2023.

Manifesto Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan #PRN15

Jentera membaca Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan selepas Pelancaran Manifesto Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN) di Klana Resort Hotel, Seremban, Negeri Sembilan. Foto AFFAN FAUZI, 06 OGOS 2023.

Pemandangan Senja di Port Dickson

Suasana panorama indah permai apabila langit kekuningan semasa Sang Suria mula terbenam ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Medan Ikan Bakar, Port Dickson, Negeri Sembilan. Foto AFFAN FAUZI, 05 OGOS 2023.

Fadillah Yusof di Program Trek Komoditi Zon Tengah Semenanjung 2023

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof menunjukkan kemahiran menoreh pokok getah ketika mengadakan lawatan ke Pusat Mengumpul Getah (PMG) sempena TREK Komoditi Zon Tengah Semenanjung 2023 di Kampung Kuala Sawah, Rantau, Negeri Sembilan. Foto AFFAN FAUZI, 05 OGOS 2023.

Wayang Pacak Di DUN Kota

Penduduk hadir menonton wayang pacak bersama calon Barisan Nasional (BN) N. 28 Kota, Suhaimi Aini sempena kempen Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN) di Rumah Rakyat Lubok Cina, Rembau, Negeri Sembilan. Foto AFFAN FAUZI, 04 OGOS 2023.

Zaidy Abdul Kadir Teruskan Kempen Walau Berkerusi Roda #PRN15

Calon Barisan Nasional (BN) N. 07 Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir menyantuni penduduk walaupun berkerusi roda akibat kemalangan pada Program Sehati Sejiwa Masyarakat Orang Asli sempena kempen Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN) Negeri Sembilan di Kampung Orang Asli Panchor, Jempol, Negeri Sembilan. Foto AFFAN FAUZI, 03 OGOS 2023.

Zahid Hamidi dan Calon BN Santai Bersama Rakyat

Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersorak bersama penduduk pada Program Santai Bersama Rakyat sempena kempen Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15 di Desa Seri Pantai, Negeri Sembilan. Foto AFFAN FAUZI, 01 OGOS 2023.

Shell ‘Old Skool’ Berusia Lebih 100 Tahun

Penduduk setempat mengisi minyak kenderaan di stesen pam minyak Shell yang berusia lebih 100 tahun ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Johol, Negeri Sembilan. Foto AFFAN FAUZI, 01 OGOS 2023.

Suasana Jelajah Perpaduan PMX @ Paroi

Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama calon Pakatan Harapan dan Barisan Nasional yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Kuala Pilah pada Program Jelajah Perpaduan PMX@Pilah di pejabat PKR Kuala Pilah Ampang Tinggi, Negeri Sembilan. Foto AFFAN FAUZI, 31 JULAI 2023.