Pemain Penang FC, Haziq Ahmad Puad (kiri) diasak pemain KL City FC, Tchetche Hermann pada perlawanan Piala Malaysia 2023 Pusingan ke- 16 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 18 OGOS 2023.

KUALA LUMPUR – Pasukan Kuala Lumpur City berjaya menempah slot ke suku akhir selepas menumpaskan Penang FC 1-0 pada pertemuan kedua pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi.

Gol tunggal menerusi penyerang KL City FC, Tchetche Kipre pada separuh masa kedua cukup untuk memastikan skuad The City Boys mengesahkan slot ke suku akhir menerusi agregat 5-0.

Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan kurang melakukan gerakan berbahaya berikutan keadaan padang yang agak basah dan hujan renyai.

Bagaimanapun, KL City terpaksa beraksi dengan 10 pemain bermula minit ke-15 apabila Giancarlo Gallifuoco dilayangkan kad merah kerana mengasari Sonny sebelum sepakan percuma Sonny diselamatkan Azri Ghani

Memasuki babak kedua, pasukan pelawat bermain dengan agak agresif dengan sering melakukan serangan berbahaya ke kubu tuan rumah.

Namun, kecemerlangan penjaga gol KL City, Azri Ghani berjaya menyelamatkan sekurang-kurangnya lima sepakan daripada luar kotak penalti untuk memastikan gawang pasukan tuan rumah tidak bocor.

Gol yang dinanti akhirnya muncul apabila kesilapan pertahanan Penang, Rafael Vitor yang gagal mengawal bola dengan kemas dan disambar Kipre sebelum meletakkan KL City di hadapan pada minit ke-70 untuk kedudukan 1-0.

Keputusan itu kekal sehingga wisel penamat, sekali gus menyaksikan KL City FC sebagai pasukan pertama mengesahkan slot ke suku akhir Piala Malaysia.

Beberapa pemain KL City FC tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil selepas dilayangkan kad kuning pada perlawanan Piala Malaysia 2023 Pusingan ke- 16 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 18 OGOS 2023.
Pemain KL City FC, Patrick Alcala cuba merampas bola daripada pemain Penang FC, Adib Abdul (kiri) pada perlawanan Piala Malaysia 2023 Pusingan ke- 16 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 18 OGOS 2023.
Pemain KL City FC, Nazirul Naim Che Hashim menolak bola keluar daripada kawalan pemain Penang FC, Ousmane Fane (kiri) pada perlawanan Piala Malaysia 2023 Pusingan ke- 16 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 18 OGOS 2023.
Penjaga gol KL City FC, Azri Ab Ghani menumbuk bola keluar sambil diasak pemain Penang FC, Rafael Vitor Santos pada perlawanan Piala Malaysia 2023 Pusingan ke- 16 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 18 OGOS 2023.
Pemain Penang FC, Adib Abdul (kanan) dikasari pemain KL City FC, Haqiumi Azim Rosli pada perlawanan Piala Malaysia 2023 Pusingan ke- 16 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 18 OGOS 2023.
Pemain KL City FC, Patrick Alcala diasak keras pemain Penang FC, Faris Shah (kanan) pada perlawanan Piala Malaysia 2023 Pusingan ke- 16 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 18 OGOS 2023.