KUALA LUMPUR – Honda Malaysia memanggil semula 77,708 kenderaan untuk menggantikan pam minyak sebagai langkah berjaga-jaga.
Ia melibatkan kenderaan yang dikeluarkan antara tahun 2018 dan 2020.
Model-model yang terlibat ialah Honda Accord (2018 dan 2019), City (2019), City (HEV) (2019), BR-V (2018 hingga 2020), CRV (2019 hingga 2020), Civic (2018 hingga 2019), HR-V (2018), HRV (HEV) (2018), Jazz (2019 hingga 2020) dan Jazz (HEV) (2019 hingga 2020).
Dalam kenyataanya, Honda berkata, langkah memanggil semula itu adalah tindakan pencegahan yang diperlukan untuk mengelakkan kemungkinan kesukaran menghidupkan enjin, kehilangan kuasa enjin atau kenderaan berhenti.
“Penggantian pam ini adalah percuma dan semua kos yang berkaitan dengan aktiviti penggantian ini akan ditanggung oleh Honda Malaysia,” katanya. – MalaysiaGazette