Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

KUALA LUMPUR – Umat Islam di negara ini diingatkan sentiasa menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup, titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

”Bersempena Hari Nuzul Al-Quran yang disambut pada tanggal 17 Ramadan, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyeru seluruh umat Islam agar menghayati dan mengambil iktibar daripada peristiwa turunnya kitab suci Al-Quran,” menurut kenyataan dari Selangor Royal Office.

Tambah baginda, umat Islam juga perlu mengambil pengajaran daripada isi kandungan al-Quran yang telah mengangkat Islam sebagai sebuah agama yang lengkap bersifat rahmat, selamat, adil, sederhana dan toleransi untuk kehidupan manusia seluruhnya. – MalaysiaGazette

Nuzul al-Quran disambut setiap tahun pada tanggal 17 Ramadan bagi mengingati peristiwa turunnya al-Quran ke muka bumi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast