Ketua Aktivis KRAMAT, Hamdan Mohd Salleh bercakap pada sidang media berkaitan isu identiti serta keselamatan terhadap tiga ibu tunggal yang viral isu gereja dan zakat di Ibu Pejabat NGO KRAMAT, Ampang, Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 02 MEI 2021.

KUALA LUMPUR – Kira-kira 1,000 anggota pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mengumumkan keluar daripada pertubuhan itu serta-merta hari ini.

Bekas presidennya, Hamdan Mohd. Salleh berkata, terdapat 10 alasanĀ  untuk mereka membuat keputusan bagi menarik diri daripada pertubuhan tersebut.

Dengan pengumuman itu kata beliau, kira-kira 90 peratus daripada anggota pertubuhan akan meninggalkan JMM.

Selain itu, mereka juga hilang kepercayaan terhadap mantan presiden pertubuhan berkenaam, Datuk Azwanddin Hamzah.

“Hari ini saya dan sahabat-sahabat yang lain mengumumkan keluar daripada Jaringan Melayu Malaysia di atas 10 sebab yang utama antaranya rundingan dengan RoS yang kita lihat sesuatu yang pelik telah berlaku.

“Pada 6 Disember JMM mempunyai dua mesyuarat agong iaitu pada 6 dan 13 Disember tahun lalu. Bila kita perjuangkan untuk kita tidak berbalah sesama sendiri tetapi akhirnya dalam pertubuhan itu masing-masing berbalah.

“Kami mengambil keputusan untuk tidak mahu berbalah dan tidak ingin lagi berada dalam pertubuhan ini,” katanya tanpa menghuraikan 10 alasan berkenaan pada sidang media di sini hari ini.

Hamdan berkata, sebelum dilantik sebagai Presiden pada AGM yang lepas, beliau telah berkhidmat sebagai setiausaha di pertubuhan itu selama 13 tahun dan melihat sendiri pergolakan yang berlaku di NGO berkenaan.

Ujarnya, dengan pengumuman keluar daripada pertubuhan berkenaan mereka tidak lagi mahu dikaitkan dengan pertubuhan itu pada masa-masa akang datang.

Tambahnya, sepucuk surat akan dihantar kepada pihak pendaftar pertubuhan ROS untuk meneruskan pendaftaran setiuasaha baharu di pertubuhan itu dan sebagainya.

Katanya lagi, beliau turut menyokong pelantikan presiden baharu pada AGM yang kedua pada 13 Disember. – MalaysiaGazette

 

1 Komen

  1. Dalam seribu anggota JJM kramat hidup takkan takde tiga lelaki macho pak sanggup kahwini tiga ibu tunggal rahsia peribadi pati indon tu, kan?

Comments are closed.